Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku
16:04 Apr 06, 2021  |  By SabahKini2
Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku

Sejak sekian lama kartel 'Dato' Adly' monopoli projek khususnya 'Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan kerajaan. Malah pegawai kementerian, agensi seperti JKR bawah kawalannya. Kini ditahan SPRM dengan kekayaan luar biasa!Siapa Dato' Adly?

Kredit: Buletin TV3

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan tujuh individu dipercayai anggota sindiket kartel memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu.

Penahanan individu terbabit termasuk ketuanya Dato’ Adly Kamarudin  berusia 47 tahun seorang kontraktor terkenal di JKR Ibupejabat dan JKR Putrajaya akhirnya dilumpuhkan selepas mereka memperolehi tender dianggarkan mencecah RM3.8 billion.

Menurut sumber sejak dari dahulu lagi kumpulan kontraktor tidak senang dengan  kartel Dato’ Adly ini kerana memonopoli tender kerajaan. Dilaporkan sebanyak 345 tender daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

‘Dato Adly’ dikatakan mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terbabit.

"Beliau mewujudkan 150 syarikat berbeza dengan menggajikan beberapa individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimiliki beliau sendiri.

“Maklumat awal mendapati 114 individu telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 buah syarikat.

"Tumpuan sindiket ialah terhadap projek penyelenggaraan kemudahan dan projek pembangunan," kata sumber

‘Dato’ Adly’ terkenal kawtim 'orang dalam' untuk memastikan syarikat di bawah kawalannya dibenarkan masuk tender bagi memastikan salah satu daripadanya berjaya.

"Modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.

Dato Adly akan  'mengepung harga' dengan menyertai sesuatu tender menggunakan sejumlah besar syarikat yang berada di bawah kawalannya sehingga peringkat senarai pendek untuk dibawa dalam Lembaga Perolehan Tender  adalah miliknya. Sesiapa juga syarikat yang dipilih adalah miliknya.

Ketika projek 'Tender Terhad' KKLW dulu beliau juga banyak menyapunya kerana mengawal 10 syarikat dalam satu tender. 

Syarikat  kartel ‘Dato’ Adly Kamarudin’

Sumber Sabahkini2 mendedahkan antara syarikat terkenal milik Dato' Adly Kamarudin itu ialah Tuah Usaha Sdn Bhd, Jangka Prestasi Sdn Bhd, Ventechnologist Engineering Sdn Bhd dan banyak lagi. Tuah Usaha Sdn Bhd adalah atas namanya manakala Jangka Prestasi Sdn Bhd bawah anaknya Adry Aiman Bin Adly.

Projek paling banyak diperolehi ialah Perkhidmatan Pengurusan,Penyelenggaraan Dan Operasi Secara Komprehensif Kerja Kejuruteraan Awam,Housekeeping, Landskap dan Kawalan Serangga Perosak Di Bangunan Kerajaan khususnya di Putrajaya. Sebut saja projek  PERKHIDMATAN PENGURUSAN FASILITI tiada siapa boleh menandingi Kartel Dato' Adly. Boleh disemak di Myjangka.com

Banyak projek Pengurusan Fasiliti milik Dato' Adly menang tender di JKR khususnya JKR Putrajaya. Jadi tidak menghairankan jika SPRM menahan pegawai JKR Juru ukur bahan (QS) gred 48 semalam. Hubungan rapat beliau dengan pegawai JKR sangat luar biasa menghasilkan projek berjuta. Berkemungkinan ramai lagi pegawai JKR bakal ditahan. 

Banyak projek Pengurusan fasiliti disapu Dato' Adly Kamaruddin. Mungkin hampir semua bangunan di
Putrajaya diselenggara oleh Kartel 'Dato' Adly'.

Ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW syarikatnya Jangka Prestasi Sdn Bhd turut mendapat PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB) SISTEM RETIKULASI 2011-2012 BAGI NEGERI KELANTAN ZON 3E bernilai RM 17.6 juta. 

 

Rampasan SPRM- Kekayaan 'Dato Adly' Ketua Kartel Luar Biasa

Hari ini SPRM menyita dua buah helikopter persendirian, lebih 10 kereta mewah dan sebuah kapal persiaran milik ketua kartel Dato’ Adly.  

Selain itu turut dirampas kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, wang tunai berjumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya.

“SPRM turut menyita banglo, rumah kedai dan pejabat yang dianggarkan bernilai RM29 juta,” kata sumber.

Lebih mengejutkan sebanyak 644 akaun individu dan syarikat dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek ini.

Lijhat betapa kayanya Dato' Adly Kamaruddin ini. Semua syarikat dan pegawai kerajaan bahagian projek dalam genggamannya. 

Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.

 

 

 

 

152 Comments