(VIDEO) Sarawak mengalu-alukan status WILAYAH kembali semula
07:04 Apr 09, 2021  |  By SabahKini2
(VIDEO) Sarawak mengalu-alukan status WILAYAH kembali semula

Jelasnya, Sabah dan Sarawak tidak boleh dikategorikan seperti negeri-negeri lain kerana pada awal pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, kedua-duanya adalah rakan sekutu yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

KUCHING- Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah setuju sekiranya Sarawak dikembalikan status sebagai Wilayah.

Beliau berkata, pandangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak daripada 'negeri' kepada 'wilayah' sangat dialu-alukan seperti yang termaktub dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jelasnya, Sabah dan Sarawak tidak boleh dikategorikan seperti negeri-negeri lain kerana pada awal pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, kedua-duanya adalah rakan sekutu yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Justeru itu, beliau berharap Kerajaan Persekutuan menilai semula serta meminda Perkara 160 dibawah MA63 secepat mungkin.

Tambah beliau, apabila Sabah dan Sarawak diletak sebagai Wilayah nanti, ia bukan lagi dibawah Federasi seperti dulu tetapi lebih kepada Konfederasi.

 

6 Comments