Perbincangan PCS, Hajiji isu hak rakyat Sabah positif- Anifah
15:04 Apr 15, 2021  |  By SabahKini2
Perbincangan PCS, Hajiji isu hak rakyat Sabah positif- Anifah

PCS menerusi kunjungan hormat itu menegaskan pandangan parti terhadap pelbagai isu berkaitan hak rakyat Sabah termasuk berhubung pengumuman Sabah sebagai wilayah baru-baru ini.

Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman bersama timbalannya, Datuk Seri Wilfred Bumburing telah mengadakan  kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Rabu.

Perbincangan antara pimpinan tertinggi Parti Cinta Sabah (PCS) dengan Ketua Menteri Sabah itu dianggap positif apabila kedua-dua pihak menyatakan persetujuan untuk mempertimbangkan cadangan yang diusulkan.

Dalam satu kenyataan, PCS menerusi kunjungan hormat itu menegaskan pandangan parti terhadap pelbagai isu berkaitan hak rakyat Sabah termasuk berhubung pengumuman Sabah sebagai wilayah baru-baru ini.

Kenyataan itu turut berkata, PCS juga telah menyampaikan hasrat serta cadangan Ahli-ahli Majlis Tertinggi PCS berkaitan masa depan rakyat Sabah.

Antara cadangan serta pandangan yang dibincangkan ialah berhubung kerjasama antara pelbagai pihak, penjelasan berkaitan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang lebih terperinci termasuklah keputusan terbaharu kerajaan mengumumkan Sabah sebagai sebuah wilayah dan hala tuju Sabah secara menyeluruh.

Perbincangan ini adalah sebuah perbincangan positif dengan kedua-dua pihak menyatakan persetujuan untuk mempertimbangkan semua cadangan yang telah diusulkan serta dibincangkan ketika kunjungan hormat itu diadakan.

Sebelum mengakhiri kunjungan hormat itu, Anifah mengucapkan penghargaan kepada Hajiji kerana memberi ruang kepada PCS mengadakan perbincangan dengan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah dan kerajaan negeri.

 

 

4 Comments