Pengakuan SD Suami Zeti dan anaknya jelas dana dikait 1MDB diterima ketika Zeti sebagai Gabenor Bank Negara. Bukankah ini kepentingan? Namun hanya sekarang Suami Zeti dan anaknya disiasat SPRM dan PDRM.
Setelah sekian lama polis akhirnya menyoal siasat suami bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akthar Aziz, Tawfiq Ayman hari ini menurut laporan berita
Tawfiq dirakam selama tiga jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) polis persekutuan.
Laporan itu juga mendakwa bahawa kenyataannya dirakam oleh pegawai penyiasat 1MDB, Foo Wei Min.
Tawfiq ditemani peguamnya Jagjit Singh dipanggil untuk siasatan terhadap dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan oleh dia dan anaknya.
Bulan lalu, Pengarah JSJK Bukit Aman Zainuddin Yaacob mengatakan bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) ('AMLA').
Sebelum ini The Edge membuat pendedahan bahawa sejumlah AS$16.22 juta telah disalurkan ke firma Singapura, Iron Rhapsody Ltd.
Laporan itu menyatakan bahawa polis Singapura telah memberitahu Bank Negara pada tahun 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan.
Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada masa itu.
AS$16.22 juta dilaporkan berasal dari syarikat/akaun bank Jho Low, yang dianggap sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.
Disember 2020 tular di laman sosial termasuk blog pendedahan dalam SD mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow, yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.
Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti MENGAKU menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.
Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti BERSETUJU menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.
Menurut SD itu, mereka bersetuju untuk MEMULANGKAN wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura MENGGUGURKAN siasatan.
SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.
[ARTIKEL BERKAITAN- SD Suami, Anak Zeti Aziz bukti Bekas Gabenor BNM Terima Rasuah Jho Low lebih RM100 juta! ]
Berikutan itu pelbagai pihak seperti NGO termasuk Najib Razak mempersoalkan Zeti yang kini menjadi ketua Pemodalan Nasional Bhd, mengetahui transaksi yang dikatakan berlaku itu. Jika benar jelas mempunyai kepentingan kerana Zeti adalah Gabenor bank negara