Warisan Tawau mahu PKP ditamatkan walaupun kes Covid-19 cecah hampir 100 sehari
08:04 Apr 18, 2021  |  By SabahKini2
Warisan Tawau mahu PKP ditamatkan walaupun kes Covid-19 cecah hampir 100 sehari

Dikala kes Covid -19 Tawau terus meningkat sejak 30 Mac 2021 sehingga 16 April 2021, Warisan Tawau berjuang mendesak Kerajaan menamatkan PKP. Mereka mahu bebas. 17 April kes melonjak 95 kes tertinggi di Sabah. Salah siapa?

Selepas Tawau menggondol trofi juara tertinggi harian Covid-19 Sabah kerana kedegilan rakyatnya mematuhi SOP, kluster majlis keramaian akhirnya seakan-akan menjadi gelombang keempat Negeri Sabah

Terdahulu kerajaan  melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021 susulan terdapat peningkatan kes aktif COVID-19 di daerah itu iaitu daripada 124 kepada 729 kes dalam tempoh 14 hari.

Pengumuman ini menyebabkan kemarahan kepada pemimpin Warisan Tawau yang digerakan Ismail Sabran Wira Warisan Tawau dan Sabah yang  mahu PKP segera ditamatkan. Dengan kempen ‘Stop PKP Tawau Kami Mahu Bebas, Tiada Kerja Tiada Duit’, ditularkan dalam laman sosial oleh pemimpin Warisan Tawua pada 16 April lalu.


Exco Pusat Warisan. Bekas UPPM lagi.. 

Disaat kempen itu giat dilaksanakan Warisan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lagi perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 3 lagi lokaliti di Tawau, Sabah mulai 17 April hingga 1 Mei ini.

Lokasi itu ialah di Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley. Di Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang serta Taman Berkley merekodkan kumulatif 27 kes.

Berdasarkan statistik sejak 30 Mac 2021 sehingga 16 April 2021, Tawau telah mencatatkan laporan kes jangkitan baharu tertinggi setiap hari. Dari jumlah 23 kes pada 30 Mac 2021, meningkat kepada 78 kes pada 9 April dan kemudian 87 kes pada 10 April dan pada Khamis lalu (15 April), jumlah itu kekal pada 58 kes.

Data Covid-19 Tawau membuktikan kes semakin meningkat kerana rakyat Tawau yang degil patuh SOP.
Sekarang nak bebas lagi ke?

 

Dan pemimpin Warisan Tawau mahu PKP dan PKPD ini segera ditamatkan. Mereka mahu bebas daripada kongkongan.

Tawau mencatat kes tertinggi pada 17 April iaitu hampir 100 kes.

Terbaru Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan dua kluster dikesan di Sabah melibatkan jangkitan di tempat kerja Tawau iaitu Kluster Bukit Quoin dan Kluster Jalan Damai.

“Kes indeks merupakan Pembantu Pertanian di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 1 April.

“Saringan tempat kerja dan kontak rapat setakat ini mengesan 11 kes termasuk tiga pekerja di stesen berkenaan,” katanya.

Kluster Bukit Quoin telah mencatat tujuh kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.

Nasihat Ahli Parlimen Tawau

Sementara itu bimbang tentang keadaan di Tawau dan seakan-akan menutup kempen Warisan Tawau Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew menasihatkan rakyat Tawau mengambil berat tahap kesihatan masing-masing berikutan wujudnya kluster-kluster baharu COVID-19.

“Kita tidak seharusnya leka terhadap amalan SOP walapun Sabah diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2021.

“Nyawa kita sangat berharga, kita hanya hidup sekali sahaja, oleh itu, hargainya nilai kehidupan masing-masing. Jangan dedahkan diri anda kepada risiko. 

12 Comments