Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan
16:04 Apr 18, 2021  |  By SabahKini2
Jual SFI kepada syarikat China gagal, gaji tidak dibayar kini Menteri GRS perlu selesaikan

Langkah Shafie dan Warisan bersekongkol dengan Grant Thornton (GTC) dan Lee & Man Paper singkirkan PPSB makan diri. Akhirnya disaman PPSB. Proses mahkamah makan masa, merugikan kerajaan, gaji pekerja SFI tak bayar. Semua 'tahi' Warisan

Seperti bom jangka akhirnya isu SFI dan penyelesaian sementara Warisan kini meletup! 

Sejak julai 2019 isu Sabah Forest Industries (SFI) dibangkitkan oleh lebih 1000 pekerja dan keluarga SFI datang kembali.  Penyelesaian populis Warisan demi rai politik akhirnya kembali memberi masalah kepada Kerajaan Negeri khususnya kerajaan GRS yang mengambil alih masalah itu. 

16 April lalu portal pro Warisan Borneo Today membangkitkan isu “Kerajaan GRS berdiam diri, pekerja SFI sudah dua bulan tiada gaji”. 

Begitu juga di laman sosial seperti facebook. 

Memetik kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Pekerja Sabah Engrit Liaw berkata, kira-kira 2,000 pekerja SFI tidak menerima gaji sejak Februari lalu.

“Sudah dua bulan kami tiada gaji dan kini sudah masuk bulan ketiga tapi, Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) dan kerajaan negeri masih berdiam diri,”.

Menambah api dan apa mereka lakukan terhadap SFI Ketika menjadi Menteri Warisan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Katanya dia telah mengemukakan surat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta bantuan.

“Kami berharap kerajaan tidak terus berdiam diri dalam membantu pekerja SFI yang sudah kehilangan tempat mengadu,” katanya.

Pekerja SFI mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri tentang apa status SFI sekarang.

Sebenarnya apa kerja Datuk Dr Yusof Yacob ketika menjadi Menteri Pelajaran dan Inovasi? Yang semua rakyat tahu ialah Adun Sindumin itu hampir menggadai SFI dan tanah 5000 ekar kepada orang luar. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang ]


Kehancuran SFI oleh Warisan

Sebelum kita bincangkan cara penyelesaian isu SFI elok diberi ingatan kepada pihak yang 'melalak' membabi buta isu yang berlaku. Apakah Warisan lupa? Apa yang berlaku hari ini adalah kesan dari langkah buruk Shafie Apdal dan Warisan menyelesaikan isu  SFI. Hanya kerana dendam dan mahu untung lebih besar Shafie Apdal memilih jalan salah menyelesaikan isu SFI. Sampai bila kerajaan mahu membantu syarikat swasta SFI ini? 

Dulu Shafie Apdal sendiri berkata “Kerajaan Negeri tiada hak ke atas SFI, kerajaan hanya mempunyai hak konsesi kepada tanaman kayu di Sipitang, kita cuma ada 2 peratus saham”.

Warisan sendiri tidak mampu mengambil alih SFI dengan kos RM 2bilion.

Bukankah itu jawapan Shafie selaku Ketua Menteri Sabah? Mengapa pendokong Warisan mempersoalkan sekarang? Sudah tentu jawapan itu kekal terpakai kepada Kerajaan GRS sekarang.

Pegawai yang dipertanggungjawab kepada isu SFI bagi bantuan bayaran gaji yang diarahkan oleh Shafie Apdal  ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong orang yang sama masih SKN sekarang. Bukankah dia masih SKN? Persoalannya mengapa tidak diteruskan bayaran seperti biasa jika kes mahkamah belum selesai? 

Apakah Datuk Safar SKN menunggu rakyat menularkan isu, memburukkan GRS terlebih dahulu maka barulah diselesaikan bayaran gaji tertunggak?

Oleh kerana isu ini sedang berlaku sekarang maka rakyat atau pekerja SFI membuat aduan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Haji Yakubah Khan yang menjaga portfolio Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Masalah pekerjaan, pengangguran, kebajikan pekerja, gaji dan latihan pekerja semuanya kembali ke bahu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

 

Penyelesaian SFI

Isu pemilikan Sabah Forest Industries (SFI) sepatutnya diselesaikan dengan lancar pada tahun 2019 tetapi malangnya berlarutan sehingga tahun 2020 dan kini selepas PRN selepas kekalahan Warisan isu ini muncul Kembali.

Semuanya bermula kerana kegagalan kerajaan Warisan Sabah untuk menuruti perjanjian jual beli (SPA) yang telah dimeterai pada April 2018. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan terma-terma baru yang berlainan dengan perjanjian asal. 

Dan kerana dendam Kerajaan Warisan membatalkan lesen konsesi pembalakan syarikat bumiputera Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) milik taikun terkaya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 

Kepada Datuk Dr Yusof Yacob ‘yang lupa’, PPSB sebelum ini telah membayar deposit sebanyak RM120 juta untuk mengambil alih SFI yang berdepan masalah kewangan dalam masa sama PPSB sudah membayar gaji pekerja SFI daripada Mac 2018 sehingga Mac 2019, malah membayar gaji tertunggak oleh GTC sejak Januari 2018, sesuatu yang PPSB langsung tidak ada keperluan untuk melakukannya. 

PPSB sudah pun membuktikan bahawa mereka mampu membayar gaji pekerja SFI dan menjanjikan pelaburan dalam infrastruktur tempatan dan perkembangan masyarakat pada masa hadapan. Apa PPSB dapat melainkan jadi mangsa kepada Kerajaan Warisan?

Bersekongkol

Kerajaan Warisan bersekongkol dengan Grant Thornton Consulting (GTC), administrasi (receiver manager) SFI dan syarikat kertas dari China iaitu Lee & Man Paper Manufacturing Ltd (pembeli ketiga kepada SFI) untuk menyingkirkan PPSB.

“Ibarat gajah dan gajah berperang pelanduk mati di tengah-tengah”. Itulah yang berlaku kepada pekerja SFI. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Rakyat hilang gaji! Malah hilang pekerjaan. 

[ARTIKEL BERKAITAN - 1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB! ]

Kerana kebodohan Shafie dan Warisan itu hasilnya, isu ini dibawa ke mahkamah dan berada dalam perbicaraan yang pastinya memakan masa.

Demi China dan komisen berjuta yang lebih besar Shafie Apdal menjual SFI kepada syarikat dari China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd.

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji! ]

PPSB gagalkan penjualan SFI kepada Syaikat China

Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) memfailkan saman terhadap kerajaan Sabah, pengurus SFI Grant Thornton Consulting Sdn Bhd dan syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd.

Hasil semakan kehakiman telah menggagalkan Kerajaan Warisan  untuk menjual Sabah Forest Industries (SFI) kepada pihak ketiga Lee & Man Paper Manufacturing Ltd secara tidak sah apabila sebuah transaksi pembelian sudah pun dipersetujui dengan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) sebelum ini bersama GTC. PPSB Berjaya mendapat injunksi

Hasrat kerajaan Warisan menyingkir PPSB daripada perjanjian SFI agar Kerajaan Warisan dalam memilih kroni ‘rakan China’ untuk mengambilalih urusan SFI. Sehingga ke hari ini perbicaraan itu terus tertangguh.

Oleh itu SFI tidak dibenarkan untuk berurusan dengan mana-mana pihak ketiga yang berminat untuk membeli syarikat itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China ]

 

 SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

 

Bilakah isu SFI ini akan selesai?

Kerajaan negeri tidak boleh berterusan menanggung kos lebih 1000 orang pekerja SFI. Dengan hanya 2 % saham tidak masuk akal kerajaan negeri menanggung selamanya syarikat swasta ini. Sehingga bila kerajaan nak tanggung? setahun dua tahun lagi ke? . Bagaimana dengan syarikat lain yang juga perlu bantuan. 

Kerajaan tidak mungkin mengambil alih SFI yang menelan kos RM2bilion. Ditengah pandemik Covoid-19 dan perbelanjaan menelan ratusan juta amat mustahil mengambil alih SFI.

Kerajaan GRS mesti segera menyelesaikan tahi yang ditinggalkan Warisan ini. SKN perlu meneruskan bayaran gaji sejak awal januari hingga sekarang dan proses seterusnya adalah segera mencapai kata sepakat menyelesaikan isu tertunggak. Penyelesaian mahkamah hanya menjahanamkan rakyat lebih teruk terutama pekerja kilang SFI.

Jika terus berharap kepada kepada penyelesaian di mahkamah sehingga bertahun lagilah isu SFI tidak selesai. Mengapa perlu tanggung kos berjuta? Kerajaan GRS perlu berbincang semula dengan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) dan pengurus SFI Grant Thornton Consulting Sdn Bhd untuk menolak pembelian syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd.

Kembalikan saja perjanjian jual beli (SPA) yang telah dimeterai pada April 2018 bersama PPSB tanpa perlu memperkenalkan terma-terma baru yang berlainan dengan perjanjian asal.Jika adapun disesuaikan semula. ataupun PPSB sendiri mencari rakan urusniaganya sendiri sama ada syarikat luar negara atau tempatan. Jika PPSB tidak mahu bekerjasama minta Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat campur melibatkan 'taikun' itu.

Jika PPSB gagal kali ini barulah jual kembali kepada mana-mana pihak mampu sebagaimana sebelum ini dijual kepada Ballarpur Industries Ltd.

Usah tamak mengikut langkah gila Warisan PH yang kerjanya batal perjanjian.  Akhirnya kos berjuta ditanggung kerana melanggar perjanjian. Habis kerajaan pun tak akan selesai. Tahi-tahi Warisan ini perlu segera dibersihkan.

[ARTIKEL BERKAITAN -Kerajaan Warisan dalang perebutan SFI, sampai bila sengsara rakyat berakhir? ]

 

 

 

8 Comments