Perang Mulut Pengerusi SPA vs TKP SPRM benarkah 2016 'Peristiwa Hitam', bagaimana lantikan Latheefa Koya?
11:04 Apr 21, 2021  |  By SabahKini2
Perang Mulut Pengerusi SPA vs TKP SPRM benarkah 2016 'Peristiwa Hitam', bagaimana lantikan Latheefa Koya?

TKP SPRM kata 2016 tahun 'Peristiwa Hitam' lantikan sekutu. Tapi Pengerusi SPA kata peristiwa 2016 SPA tiada kaitan. Tuduhan tidak berasas. Bukankah 2019 lebih hitam apabila Latheefa Koya dilantik KP SPRM oleh Kerajaan PH?

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyelar tuduhan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengamalkan dasar pengambilan 'sekutu' dalam urusan pelantikan jawatan.

Dakwaan itu itu katanya sangat tidak berasas dan menyifatkan tohmahan sedemikian berupaya mencetuskan kekeliruan dan bakal menjejaskan reputasi suruhanjaya berkenaan sebagai pihak berkuasa melantik yang bebas serta telus.

Beliau menegaskan bahawa SPA sentiasa mematuhi garis panduan membabitkan pendaftaran dan tapisan melalui peperiksaan secara dalam talian, selain pengendalian ujian fizikal atau penilaian kecekapan serta temu duga.

SPA katanya tidak jelas apa yang dimaksudkan ‘sekutu’ oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. Penilaian dibuat secara telus membabitkan panel penilai yang dilantik berdasarkan kriteria tertentu.

Melalui peperiksaan dalam talian misalnya, calon-calon akan dinilai dari segi kesesuaian dan kebolehan tanpa mengenal sekutu. Sebagai contoh, dalam pengambilan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 oleh SPA, calon-calon akan melalui tapisan awal dan seterusnya menduduki peperiksaan secara dalam talian dan ujian fizikal.

Seterusnya, calon melalui penilaian kompetensi dikendalikan pegawai-pegawai SPRM yang kemudiannya diperakukan untuk urusan temu duga oleh panel daripada seorang ahli suruhanjaya dan seorang pegawai SPRM.

"Berdasarkan proses pelantikan yang dibuat ini, tiada ruang untuk mengambil sekutu kerana membabitkan beberapa peringkat penilaian oleh ahli-ahli panel yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan tidak berpuas hati dengan SPRM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil semalam berkata 'peristiwa hitam'  melanda agensi itu pada tahun  2016 lalu perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

SPRM sebelum ini telah pun meminta untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi pengambilan kakitangan sendiri dan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik di bawah peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan di Parlimen.

“Ini untuk bagi mengelak berlakunya tragedi seperti pada tahun 2016, apabila bekas Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Shukri Abdull yang dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka.

“Untuk memiliki suruhanjaya perkhidmatan kita sendiri memang memerlukan pindaan perlembagaan, kalau tidak pengambilan dan pemecatan pegawai dan anggota kita masih bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama seperti jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Peristiwa Hitam- Ditamatkan kontrak

Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, peristiwa yang berlaku pada 2016 lalu tiada kaitan dengan SPA sebagai pihak berkuasa melantik.

"Susulan itu, SPA dengan ini memohon Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM supaya menarik balik kenyataan yang tidak benar berkenaan," katanya.

Pemendekan kontrak pegawai oleh pemerintah adalah perkara biasa dilakukan oleh Kerajaan.

Dalam komen netizen di laman sosial beranggapan SPRM lebih teruk di zaman PH.

Malah pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 4 Jun 2019 lebih buruk lagi kerana melantik pemimpin PKR Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelakangkan pegawai kanan SPRM seperti Datuk Seri Azam Baki dan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Di bawah Lathefa Koya SPRM benar-benar diperalatkan oleh Kerajaan PH ketika itu. Tangkapan politik dan pertuduhan secara terpilih sangat ketara. Bukti rakaman video didedah di media bukan di mahkamah untuk menghukum persepsi rakyat. Lantaran itu banyak kes SPRM di bawah AMLA bagi pembekuan akaun parti politik, NGO dan orang perseorangan gagal di mahkamah. Wang UMNO beratus juta yang dibeku dikaitkan IMDB misalnya perlu dipulangkan kepada pemilik memandangkan SPRM dan Peguam Negara Tommy Thomas ketika itu gagal membuktikannya sebagai wang haram.

[ARTIKEL BERKAITAN-SPRM gagal lucut hak harta UMNO RM192.9 juta, MCA, dua syarikat ] dan banyak lagi.

SPRM gagal lucut hak harta UMNO RM192.9 juta, MCA, dua syarikat

Satu negara nampak Datuk Seri Azam Baki menjadi orang nombor dua yang ‘diperalatkan PH’ semua perkara diputuskan Lathefa Koya dan pegawai SPRM bermasalah Pengarah Pengubahan Wang Haram & Perlucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin 

Malah di zaman PH Peguam Negara dan SPRM terang-terang menyokong mereka dikaitkan dengan kes rasuah seperti Lim Guan Eng dibebaskan.

Individu yang dikaikan dengan 1MDB akaun mereka juga dibebaskan terutama taikun-taikun Cina kaya seperti Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP ]

Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP

Mengapa perkara-perkara buruk berlaku dalam SPRM ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil tidak mencatatkannya sebagai 'Peristiwa hitam'?

 

 

3 Comments