Beri alasan Covid-19 tangguh kes, kini Peter Anthony langgar kuarantin datang majlis keramaian
15:04 Apr 24, 2021  |  By SabahKini2
Beri alasan Covid-19 tangguh kes, kini Peter Anthony langgar kuarantin datang majlis keramaian

Peter kantoi lagi. Guna alasan kuarantin 16 - 26 April kerana kontak rapat Covid-19. Namun muncul merasmikan majlis pada 23 April di Limbahau Papar. Terbukti langgar kuarantin. Tindakan tegas perlu diambil kepada Peter!

Bekas Menteri Warisan Datuk Peter Anthony yang didakwa melanggar tempoh kuarantin wajib 10 hari selepas bekas menteri itu diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu ditangguhkan ke 3 Mei atas alasan kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April ketika peguamnya membuat penangguhan kes itu di mahkamah

[ARTIKEL BERKAITAN- Tangguh lagi, Peter Anthony dikuarantin, bicara kes disambung 3 Mei ]

Bagaimana pun rakyat Sabah mempersoalkan bagaimana Peter  boleh datang ke program Sembang Mesra Pemimpin Masyarakat KDM Limbahau pada 23 April 2021 sedangkan masih dalam tempoh kuarantin.

Semakan Sabahkini2 kehadiran Datuk Peter dibuktikan hadir dalam program itu dan gambarnya ditularkan dalam laman sosial selain ucapan dalam bentuk rakaman video.

Dahlah kena kuarantin. Tiada pelitup muka lagi

Datuk Peter berucap dalam majlis itu.

Oleh itu adalah jelas Datuk Peter Anthony ingkar arahan terhadap perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 10 hari seperti yang termaktub di dalam Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berdasarkan kesalahan itu, Peter boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(b) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(a) Akta yang sama.

Menjadi kemusykilan juga alasan penangguhan kerana kontak Covid-19 itu direka-reka sebagai alasan menangguhkan kes mahkamahnya

November tahun lalu Ahli Parlimen Sepanggar  Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Mohd Azis Jamman mempersoal dan menggasak Dr Jeffrey Kitingan berhubung kehadirannya di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah. Kini Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan orang kanan Shafie melanggar arahan kuarantin. Apakah Azis Jamman dan Warisan mempertahankannya?

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok! ]

Apakah kali ini Pengarah JKNS Dr Christina meluluskan untuk Datuk Peter sebagaimana pemimpin Warisan sebelum ini hanya melalui aplikasi whatsapp?

4 Comments