Majlis Pertunangan 'Kluster Dambai Inanam' babitkan tiga daerah - Masidi
00:04 Apr 25, 2021  |  By SabahKini2
Majlis Pertunangan 'Kluster Dambai Inanam' babitkan tiga daerah - Masidi

Kerana Majlis Pertunangan Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu itu membabitkan daerah Kota Kinabalu, Inanam dan Kuala Penyu

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan satu lagi kluster baharu membabitkan komuniti di tiga daerah yang berpunca daripada majlis pertunangan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu itu membabitkan daerah Kota Kinabalu, Inanam dan Kuala Penyu di sini.

Katanya, kes indeks bagi Kluster Dambai Inanam membabitkan individu yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 April lalu.

"Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis pertunangan di Kampung Dambai di Mukim Kionsom.

"Daripada 119 sampel yang diambil, 18 kes positif COVID-19 termasuk tiga kes di Putatan dan lima kes di Kuala Penyu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi berkata, seorang daripada individu yang disahkan positif COVID-19 adalah seorang guru dan menjangkiti muridnya.

"Guru yang disahkan positif di Kuala Penyu kemudiannya menjangkiti dua murid dalam kelas jagaannya. Sehingga hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 19 kes," katanya.

Comment