Kes Covid-19 Sabah semakin meningkat beberapa kawasan di Tawau turut dikenakan PKPD. Semuanya demi keselamatan rakyat. Namun datang pula aktivis 'kaki kacau' buat provokasi di kawasan PKPD bagi tujuan menghasut rakyat. Tangkapan tepat & kompaun RM10k
Tahniah PDRM kerana menahan enam individu diketuai Mukmin Nantang bekas aktivis mahasiswa UMS Pakatan Harapan kerana cuba melakukan demonstrasi provokasi di hadapan sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Muhibbah Raya sabtu lalu.
Dalam kejadian pada jam 3.20 petang sabtu Mukmin Nantang yang juga aktivis Borneo Komrad pro Parti MUDA dilihat datang dari luar perkampungan tersebut menghampiri SJR sambil memegang sepanduk.
Tujuan mereka melakukan tindakan tersebut dipercayai kerana ingin menyuarakan keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang dikatakan terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung berkenaan.
Kesemua individu Mukmin bukan berasal dari kampung tersebut tetapi datang luar kampung berkenaan.
Penangkapan 6 aktivis itu dibantah NGO dan ahli politik pro PH. Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi berkata, penahanan kesemua individu terbabit membuktikan kerajaan hari ini tidak menghormati hak kebebasan bersuara rakyat.
”Saya menggesa pihak polis supaya membebaskan segera kesemua yang ditahan semalam, dan menyelesaikan masalah kebajikan yang dihadapi penduduk.
Tindakan tegas di kawasan PKPD
Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap semua peserta protes itu dan mungkin mereka akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000.
“Tindakan yang dilakukan kumpulan tersebut jelas melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan
Menurutnya, tindakan yang diambil itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan demi menjamin keselamatan orang ramai. Jangkitan di kawasan PKPD masih merebak dan perlu dikawal.
Perhimpunan protes itu dipercayai satu langkah menghasut penduduk kampung yang tidak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan melanjutkan PKPD di Kg Muhibbah, Tawau sehingga 8 Mei susulan peningkatan kes di lokaliti tersebut.
Raih sokongan politik: Orang luar melakukan sengaja melakukan provokasi. Orang Kg Muhibbah pun tak lakukan demonstrasi
Mereka hanya mahu menghasut penduduk agar melanggar PKPD
Mengenai tuduhan dipukul itu polis, Hazani menafikan dakwaan Mukmin Nantang dan budak-budaknya ketika ditahan mereka “dipukul” oleh polis.
Menurut Hazani dakwaan itu dipandang serius dan beliau juga mengeluarkan arahan supaya siasatan segera dilakukan.
“Berdasarkan siasatan setakat ini, polis menafikan sekeras-kerasnya berlaku perlakuan sedemikian oleh pegawai atau anggota ke atas salah seorang tahanan.
“Apatah lagi melakukan sebarang kekerasan ke atas mana-mana tangkapan atau orang kena tahan (OKT) yang berada dalam kawalan atau tahanan polis.
“Sekiranya kejadian ini benar-benar berlaku, kita alu-alukan beliau buat laporan polis,” katanya
Menurut Hazani lagi berdasarkan siasatan individu yang ditahan bukan penduduk Kampung Muhibbah sebaliknya datang dari luar.
Katanya, mereka difahamkan datang ke lokasi berkenaan bukan untuk menyampaikan bantuan, sebaliknya hanya untuk membuat demonstrasi.
“Berdasarkan pemantauan dibuat, semua yang ditahan berhimpun sambil memegang sepanduk yang mengandungi kata-kata provokasi bagi membantah pelaksanaan perintah kawalan di daerah Tawau.
“Penganjur didapati gagal mengemukakan notis pemberitahuan kepada ketua polis daerah dan setelah diberikan arahan bersurai, tidak mengendahkannya dan perhimpunan diteruskan,” katanya.
Hazani berkata, perhimpunan itu adalah aktiviti dilarang kerana menyukarkan pelaksanaan peraturan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP lain seperti diwartakan kerajaan.
Mereka direman selama dua hari, bermula hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang terpakai untuk semua kategori pelanggaran perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Komen Netizen
Sementara itu bagi netizen yang mengenali Mukmin Nantang dan kumpulannya sudah lali dengan gerakan kiri Mukmin Nantang di UMS.
“Siapa tidak kenal Mukmin dan budak-budaknya di UMS dulu. Mereka berselindung disebalik anak muda bebas tetapi berlindung di bawah payung PH” kata Syafiq
Hari ini mereka menghidupkan NGO Borneo Komrad dan terbaru bersekongkol dengan parti MUDA untuk meraih sokongan politik.
“Segala tindakan demo dan provokasi di Kg Muhibbah, Tawau hanyalah alat politik meraih sokongan di kala rakyat tertekan dengan PKPD”. Kata Fikri.
Sepatutnya mereka mempersoalkan di mana wakil rakyat Parlimen Tawau Datuk Christina Liew yang dilaporkan hanya dua minggu lagi akan datang ke Tawau memberi bantuan.