Majlis sosial punca Covid-19 Tawau merebak, wad, pusat kuarantin hampir penuh- Dr G Navindran
12:04 Apr 29, 2021  |  By SabahKini2
Majlis sosial punca Covid-19 Tawau merebak, wad, pusat kuarantin hampir penuh- Dr G Navindran

Ramai yang dijangkiti wabak kerana hadir majlis perkahwinan, kenduri dan majlis sosial. Pihak berkuasa bukan suka-suka mahu mengadakan PKPD. Ramai lalai, tidak peka dan tidak tampil melakukan saringan kesihatan di peringkat awal.

Sekalipun beberapa lokalitii PKPD di Tawau ditamatkan termasuk yang terbaru di  Kampung Baru Pasir Putih  namun ia tidak menjadikan sebagai pendahulu takhta kes tertinggi di Sabah sejak dua minggu yang lalu.

Hakikatnya lebih 500 kes COVID-19 masih aktif di daerah ini yang kebanyakannya di peringkat tiga ke atas dan memerlukan rawatan di Hospital Tawau.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran mengesahkan semua perkara berlaku akibat kelonggaran mengadakan majlis sosial sebelum ini menyebabkan berlakunya peningkatan penularan wabak COVID-19 di daerah ini.

 
Antara kluster dari majlis kahwin

“Kita mendapati ramai yang dijangkiti wabak ini disebabkan mereka menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri dan majlis sosial.

“Sebulan yang lalu, kluster-kluster yang dikesan juga berpunca daripada majlis sosial dan telah merebak di kebanyakan kawasan di daerah ini,”katanya.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terpaksa dicadangkan di beberapa lokaliti kerana terdapat ramai penduduk yang positif dan boleh menyebabkan penularan wabak.

“Pihak berkuasa bukan suka-suka mahu mengadakan PKPD ini kerana sebagai jabatan yang diamanahkan untuk menangani masalah COVID-19 di sini, perlunya kami menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Petugas kesihatan juga sudah letih kerana bertungkus lumus berusaha menangani pesakit yang positif yang semakin hari bertambah,”katanya.

Katanya tiada jalan lain bagi mengelak lanjutan PKPD di kawasan yang terlibat, perlunya semua penduduk tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah diberikan.

“Hal ini kerana, PKPD dilaksanakan bergantung kepada jumlah kes yang ada di lokaliti tersebut, sekiranya masih banyak, kita terpaksa lanjutkan lagi.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat Tawau supaya jangan ingkar SOP, kita juga boleh bebas daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti daerah sekiranya semua memberikan kerjasama,”katanya.

Pusat Kuarantin hampir penuh

Sementara itu Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas jika kes terus meningkat di Tawau.

Keadaan ini menyebabkan kesemua pusat kuarantin COVID-19 di Tawau hampir penuh.

“Hasil maklumat dan hasil informasi yang saya terima bahawa keadaan di Tawau ini semakin kritikal dari segi jangkitan COVID-19.

“Keadaan hospital sudah full house, termasuk juga di pusat kuarantin yang ada di Tawau ini seperti Kompleks Sukan Tawau dan tempat lain juga hampir full house,” kata Nizam.

Katanya, jika perkara ini tidak ditangani dengan serius, daerah Tawau bakal berdepan keadaan tidak terkawal.

“Ini menjadi satu kerisauan kepada jawatankuasa kerana kalau benda ini tidak dikawal penularannya, tidak ada satu langkah yang konkrit, kita takut keadaan di Tawau ini akan menjadi satu keadaan yang tidak akan terkawal dan mungkin jangkitan ini akan merebak ke seluruh kawasan Tawau.

“Sebab itu saya dimaklumkan ada tempat yang dikenal pasti sebagai kawasan indeks yang boleh menjadi punca penularan ni terpaksa lokaliti ni di PKPD kan,” katanya lagi.

Lalai, leka

Tambah pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Tawau, Dr G Navindran, keadaan ini didorong oleh sikap penduduk di daerah ini yang lalai dan tidak peka dengan bahaya jangkitan COVID-19 yang sudah meragut banyak nyawa, selain tidak tampil melakukan saringan kesihatan di peringkat awal.

“Wad yang disediakan untuk COVID-19 ini penuh, memang penuh, sebab kes ni bukan macam dulu.

“Dulu kalau tengok tahun lepas, kes yang kami dapat tu stage satu dan dua okay, tetapi kebelakangan ini yang terbaharu ini, kami dapat stage tiga dan empat.

“Sebab dulu orang sikit saja pun dia takut, dia datang cek. Sekarang, dia tunggu di rumah sampai teruk baru ke hospital.

“Sebab itulah katil di ICU sudah penuh sekarang,” kata Dr Navindran.

Terdapat empat pusat kuarantin pesakit COVID-19 di sekitar daerah Tawau iaitu di Hospital Tawau, Kolej Jururawat Tawau, Kompleks Sukan Tawau dan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung.

Itupun masih ada pihak-pihak di luar sana menghasut penduduk yang dikenakan PKPD agar bangkit melawan sedangkan Covid-19 ini boleh menular dengan cepat. Jangan kerana satu Daerah maka seluruh Sabah terpaksa dilaksanakan PKP 

 

13 Comments