Faisal Burger bukan 'Marhaen' hidup mewah kantoi guna media burukkan penguatkuasa
21:04 Apr 29, 2021  |  By SabahKini2
Faisal Burger bukan 'Marhaen' hidup mewah kantoi guna media burukkan penguatkuasa

Niatnya satu media sosial untuk simpati. Tanpa guna saluran rayuan. Berbakul penguatkuasa dikecam sebagai zalim wal hal itu bukan kesalahan kali pertama degilnya dia. Hari ini netizen tunjukkan siapa dia sebenarnya. 24 jam popular, 24 jam dikecam semula

Sehari dua Faisal Burger yang dikenakan kompaun RM50,000 popular dan mendapat simpati rakyat.  Sekalipun beliau dikompaun membuka gerai melebihi waktu operasi beliau mendapat simpati netizen.  Kata mereka kompaun itu tidak masuk akal. Faisal Burger adalah seorang marhaen.

Soalan mereka ialah mengapa marhaen dikompaun sebesar itu?

Kesalahan kompaun penjual burger ini siap dibandingkan dengan nealofa yang hanya didenda RM60 ribu kerana tidak sepadan. Faisal sekelip mata popular dan burgernya terkenal.Nealofa yang mahu bantu Faisal Burger pun ditolak mentah. maklumlah popular ketika itu.

Sementara itu pasukan polis yang menyamannya mendapat kecaman teruk daripada netizen kerana dilihat keterlaluan. Berpeluh polis menepis kutukan netizen. 

'Panas tidak sampai ke petang'Bagaimanapun hari ini aibnya didedahkan selepas beberapa perkongsian netizen bahawa peniaga burger ini dikatakan sudah kerap melanggar SOP yang ditetapkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.

 

Pembukaan kedai sehingga jam 2 pagi serta menjadi port lepak  antara yang menjadi punca kedai ini dikompaun. Malah, dalam satu perkongsian lain di Facebook, pemilik kedai burger memaklumkan kedainya dibuka hingga jam empat pagi.

Netizen melihat apa yang Faisal Burger paparkan dalam FBnya sebagai drama semata untuk merai simpati.

Faisal bukan marhaen 

Tidak cukup itu kehidupannya mewahnya didedahkan netizen menyatakan sebaliknya apabila beliau tampil berkereta berjenama serta menjamah di restoran mahal. Netizen berkata Faisal burger bukan ‘marhaen’. Dia orang senang.

Menerusi pendedahan yang dibuat, para netizen nampaknya berang dengan peniaga ini serta berpendapat jumlah kompaun yang dikenakan adalah wajar. Tidak kurang juga yang berpendapat jumlah RM50,000 masih tinggi untuk seorang peniaga yang sudah dikenakan kompaun dan diberikan amaran sebelum ini.

Pelbagai medium hari ini mendedahkan siapa Faisal Burger seperti video FB, Tiktok dan youtube.

Inilah keburukan menggunakan media menyerang pihak lain akhirnya media juga membuka aibnya. Netizen menyalahkan sikap individu sikit-sikit viral menyalahkan pihak lain wal hal diri sendiri salah.

 

 

Comment