Kompaun RM50,000: Kantoi Peniaga Sinalau Bakas buat karaoke, jual minuman keras sampai pagi
04:05 May 01, 2021  |  By SabahKini2
Kompaun RM50,000: Kantoi Peniaga Sinalau Bakas buat karaoke, jual minuman keras sampai pagi

Terlalu banyak aduan orang awam. Dahlah tiada lesen menjual minuman keras dan tiada permit jual makanan eksotik, berniaga lagi sampai larut malam & awal pagi. Polis sudah banyak kali beri ruang budi bicara tetapi degil.

KOTA KINABALU: Peniaga gerai yang menjual babi hutan panggang atau dikenali sebagai sinalau bakas yang dikenakan kompaun RM50,000 pada Rabu lalu wajar dikenakan tindakan sedemikian.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, peniaga gerai itu bukan sekadar menjual sinalau bakas tetapi turut mengadakan aktiviti berkaraoke dan menjual minuman keras.

Peniaga ini juga tidak mempunyai lesen menjual minuman keras, lesen pusat hiburan mahupun permit menjual sinalau bakas atau hidupan eksotik lain.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah cukup bertolak ansur kerana aktiviti yang dilakukan sudah berlanjutan agak lama. Tindakan ini diambil berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

Dakwaan peniaga bahawa kedainya sudah hendak ditutup ketika kompaun dikeluarkan tidak benar kerana pasukan pematuhan SOP mempunyai bukti kedai itu masih beroperasi pada masa tersebut.

“Itu dakwaan untuk mendapatkan simpati. Kalau diikutkan, tindakan lebih keras boleh diambil kerana dia tiada lesen menjual minuman keras dan tiada permit jual makanan eksotik.

“Dia cuba meletakkan kesalahan di bahu PDRM sedangkan aktiviti karaoke berlanjutan sehingga larut malam dan awal pagi,” katanya katanya dalam sidang media dekat sini hari ini.

Justeru itu, beliau menggesa masyarakat dan warganet supaya tidak memutar belit perkara sebegini dan jangan hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sebaliknya, dengar dahulu penjelasan PDRM.

Menurutnya, penularan kisah ini telah menjadi satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang sudah cukup banyak menguna kuasa budi bicara selama lebih 400 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Bagaimanapun, setiap laporan dan tohmahan akan disiasat secara telus kerana polis tidak akan bertindak zalim.

Hazani berkata, bermula hari ini PDRM Sabah memastikan semua ketua polis daerah akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Semalam, peniaga sinalau bakas di Jalan Sulaman yang dikenakan kompaun RM50,000 mendakwa dalam kejadian 10 malam Rabu itu, operasi gerainya sudah ditutup namun, masih ada pelanggan yang sedang makan digerainya.

Kantoi menipu

Dalam satu kenyataan media sebelum ini peniaga Sinalau bakas Rayner Longtin, 32, cuba mendapatkan simpati rakyat dengan memburukkan pasukan polis kononnya polis tiada budi bicara terhadapnya. Beliau mempersoalkan kewajaran anggota polis mengeluarkan kompaun pada kadar tinggi itu.

“Wajarkah mereka berbuat demikian tanpa budi bicara? Di mana saya mahu mencari RM50,000 dan dua rakan saya masing-masing mahu mencari RM10,000 dalam tempoh yang singkat?

4 Comments