MP Tawau, Ketua Cabang PKR rentas negeri buka puasa di Semenanjung tapi kawasan diabaikan
08:05 May 04, 2021  |  By SabahKini2
MP Tawau, Ketua Cabang PKR rentas negeri buka puasa di Semenanjung tapi kawasan diabaikan

MP menghilang! Christina MP Tawau Pengerusi PKR Sabah kata dua minggu lagi datang Tawau beri sumbangan. Tapi tak datang juga. Rupanya dia bawa Ketua Cabang PKR Sabah enjoy ke Semenanjung demi berbuka puasa. Tak mahu lawat kawasan tapi boleh rentas negeri

Sejak dua minggu lalu Daerah Tawau mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 di Sabah. Beberapa kawasan di Parlimen Tawau menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) namun kelibat Ahli Parlimen Tawau Christina Liew belum kelihatan.

Sama ada beliau menggunakan alasan rentas sempadan tetapi yang jelas Ahli Parlimen Tawau itu berkata akan melawat Tawau dua minggu lagi untuk memberi 2,000 bantuan makanan bagi kawasan parlimennya.

“Lagi seminggu dua saya akan balik Tawau, dan saya akan berikan kepada mereka,” katanya 25 April lalu

Bermakna minggu ini sepatutnya Christina datang ke Tawau dan memberi bantuan kepada rakyatnya.

Susulan itu Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Sabah Razeef Rakimin menyelar sikap Ahli Parlimen Tawau Christina Liew yang juga Pengerusi PKR Sabah itu.

AMK PKR kecam ‘Bos PKR Sabah’ Christina hantar bantuan dua minggu lagi ke Tawau

Katanya dua minggu lagi rakyat mungkin kebulur dan beliau tidak sepatutnya memberikan alasan sedemikian.

[ARTIKEL BERKAITAN- AMK PKR kecam ‘Bos PKR Sabah’ Christina hantar bantuan dua minggu lagi ke Tawau ]

 

Ke mana Christina?

Dalam satu hantaran Facebook Ahli Parlimen Putatan, Ag Husaini Ag Sahari mengesahkan Ahli Parlimen PKR dan juga Ketua Cabang PKR Sabah hadir di majlis rumah berbuka puasa  Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Bin Shari di ketuai Christina Liew sejak 1 Mei lalu.

Netizen di laman sosial mempersoal bagaimana MP PKR seperti Christina Liew dan juga Ketua Cabang PKR boleh merentas negeri hanya semata-mata berbuka puasa tetapi tidak mampu datang merentas daerah di kawasan sendiri.

Malah netizen berkata Christina Liew ‘hilang’ dari kawasan Tawau sejak September lalu. Begitu juga dengan Ketua Cabang Bahagian seperti Kota Belud, Kota Marudu, Batu Sapi, Putatan, Semporna mereka mampu merentas negeri tetapi kawasan sendiri gagal dibantu ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

 

 

 

2 Comments