Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018!
22:05 May 04, 2021  |  By SabahKini2
Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018!

Sembang lupa diri Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman hal katak politik. Wal hal 12 Mei 2018 Warisan rampas kuasa beli dan ugut Adun BN. Apakah Madius Tangau dan Adun lompat disiasat SPRM ketika itu? Tidak!!!

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan untuk menyiasat semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Beliau berkata, siasatan itu perlu dilakukan berikutan pendedahan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Sabtu mengenai ‘katak’ politik.

Katanya, Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah pun membuat laporan di SPRM pada petang Sabtu bagi mendesak agensi itu menyiasat dakwaan wujudnya aktiviti ‘beli’ wakil rakyat di Sabah. Kertas siasatan perlu dibuka bagi memanggil semua ‘katak politik’ yang terlibat.

Ahli Parlimen Sepanggar itu mahu segala pendedahan Hamid Bador yang terkenal taat kepada Dr Mahathir itu segera disiasat secara telus.

“Tekanan dan ugutan yang dinyatakan oleh bekas KPN itu secara jelas memberi gambaran situasi yang berlaku di Sabah. Keadaan itu mendorong Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi laluan kepada PRN Sabah.

“Apabila kita dengar berulang kali kenyataan KPN itu beliau seolah-olah menggambarkan keadaan yang berlaku di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azis mempersoalkan mengapa 14 ADUN Warisan pada 29 Julai 2020 bertindak melompat keluar bagi menyokong Tan Sri Musa Aman untuk membentuk kerajaan negeri yang baru namun Mohd. Shafie yang takut hilang kuasa segera mengumumkan pembubaran DUN Sabah

Antara 14 ADUN itu ialah Datuk Hamisa Samad, Datuk Osman Jamal, Datuk Muis Picho, Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Masiung Banah, Abdul Rahman Kangkawang, Datuk Musbah Jamli, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Saddi Abd Rahman, Datuk Anita Baranting, Jamawi Jaafar, Datuk Limus Jury, Datuk James Ratib dan Kenny Chua.

[ARTIKEL BERKAITAN- ADUN Warisan, PKR, UPKO, DAP tumbangkan Shafie Apdal mengapa salahkan PN, UMNO-BN? ]

ADUN Warisan, PKR, UPKO, DAP tumbangkan Shafie Apdal mengapa salahkan PN, UMNO-BN?

 

Azis Jamman Double Standard

Bagaimanapun Azis Jamman terlupa pada 11 dan 12 Mei 2018 wakil rakyat BN melompat parti menumbangkan Musa Aman sekalipun Musa ketika itu telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Drama Lompat Parti di Sabah berterusan]

Apakah Azis Jamman terlupa Shafie Apdal menggunakan Tun Dr Mahathir PM8 sebelum itu untuk merampas kerajaan negeri Sabah yang sudah angkat sumpah sehingga TYT Negeri Sabah akur untuk menerima angkat sumpat Shafie Apdal semula?

Datuk Madius Tangau yang membawa UPKO menyertai pakatan Warisan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri Sabah. Semua yang melompat ketika itu diberi jawatan dalam kerajaan.

Mengapa Azis Jamman tidak meminta siasatan SPRM berhubung rampasan kuasa selepas PRU-14 di Sabah ketika itu? Bukankah Warisan ketika itu mengugut juga menawarkan habuan. Jadi mengapa Azis Jamman double standard kepada 14 adun yang berpaling tadah daripada Shafie dan Warisan? Ini hanyalah karma politik. 

Mengapa hanya Dr Jeffrey Kitingan saja yang disiasat? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM? ]

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Azis Jamman berhentilah menembak diri sendiri. Warisan bawa wakil rakyat melompat dibolehkan dan sebagai langkah demokrasi tetapi parti lain  wakil rakyat Warisan atau komponen keluar parti dianggap sebagai pengkhianat dan diberi rasuah. 

Apa beza Shafie dan Warisan ketika berkuasa? mereka mengugut, memaksa gunakan SPRM dan agensi untuk menekan wakil rakyat sertai Warisan. Ini semua langkah politik jadi Azis Jamman perlu berhenti membuat tuduhan sebelum 'meludah ke langit kena muka sendiri'. 

8 Comments