Sabah buat keputusan benarkan 3 Pasar Raya dalam senarai HIDE beroperasi
01:05 May 10, 2021  |  By SabahKini2
Sabah buat keputusan benarkan 3 Pasar Raya dalam senarai HIDE beroperasi

HIDE dilihat mengelirukan, tergesa-gesa & nampak tidak diselaraskan. Di Sabah Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah membenarkan tiga pasar raya di senarai dalam sistem HIDE beroperasi

Dikala Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menguji projek barunya sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE)  iaitu analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang boleh membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan Covid-19 dalam jangka masa tujuh hari nampaknya sudah dikritik oleh pelbagai pihak.

Analisis HIDE hanya menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada bukan dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia kelihatan hanya mengeksploitasi data KKM tetapi diselaraskan oleh Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Projek HIDE nampaknya menambahkan lagi kecelaruan pelaksanaan SOP PKP3.0 di mana semua pihak daripada Menteri Kanan Keselamatan, Menteri MOSTI, MITI dan MKN masing-masing membuat kenyataan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, dilapor berkata premis tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko penularan Covid-19, akan diarah tutup tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Mana satu arahan tepat?

Manakala KJ pula berkata semua premis atau lokasi yang disenaraikan dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bukanlah suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19 ia hanya premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.

MITI pula mengeluarkan SOP Sektor Ekonomi PKP 3.0 kebenaran syarikat beroperasi dan perjalanan rentas daerah menggunakan surat kebenaran syarikat diluluskan MITI, kementerian dan agensi berkaitan.

 

Sementara itu Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) dalam kenyataan memaklumkan, arahan terbabit boleh mendatangkan persepsi buruk dan kemusnahan dalam pemulihan dan kelangsungan perniagaan.

Arahan kerajaan supaya mana-mana premis yang disenaraikan dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta disifatkan sebagai pramatang.

Katanya, arahan terbabit seharusnya ditangguhkan sehingga data digunakan dalam HIDE dan lokasi panas yang dinyatakan adalah tepat.

"Tidak diragukan bahawa maklumat pertama yang dikeluarkan HIDE adalah terlalu cepat dan tidak adil mencetuskan panik dan kebimbangan.

"Maklumat daripada Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan insiden tertinggi akibat COVID-19 berpunca daripada sektor perkilangan (48.06 peratus), komuniti (12.5 peratus), kawasan pembinaan (11.56 peratus), manakala pusat beli belah dan kawasan kedai hanya (4.78 peratus).

Oleh itu Sistem HIDE menutup premis perniagaan secara tergesa-gesa sangat mengelirukan

 

HIDE yang diumumkan KJ mencetuskan polemik baharu

 

Sabah buat keputusan sendiri

Menyedari hakikat itu Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah, membenarkan tiga pasar raya di negeri ini yang disenarai dalam sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE), terus beroperasi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Masidi Manjun, berkata sehubungan itu kawalan ketat akan dilakukan di pasar raya terlibat, bagi memastikan pengunjung dan pasar raya itu mematuhi SOP ditetapkan untuk mengekang Covid-19.

“Kami arahkan RELA dan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) buat kawalan di pintu masuk pasar raya terbabit. Jika melebihi daya tampungnya, pengunjung akan disekat masuk sementara menunggu pengunjung lain keluar.

“Kita akan hanya menutup dan menyahkuman pasar raya itu jika terdapat kes Covid-19,” katanya kepada pemberita menerusi mesej WhatsApp.

Semakan di sistem itu mendapati tiga pasar raya terlibat di Sabah ialah Centre Point Shopping Mall, Suria Shopping Mall dan Kompleks Karamunsing, semuanya terletak di Kota Kinabalu.

Pengurusan Centre Point Shopping Mall misalnya mendedahkan surat meneruskan melaksanakan operasi perniagaan tidak menurut HIDE atas kebenaran kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

 

 

2 Comments