Muhyiddin datang Sabah satukan Pakatan Harapan dengan Warisan
21:01 Jan 23, 2018  |  By SabahKini2
Muhyiddin datang Sabah satukan Pakatan Harapan dengan Warisan

PH khuatir melihat deklarasi demi deklarasi oleh parti tempatan, Parti Warisan Sabah, yang mana presidennya Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan hasrat parti itu bertanding sendiri pada pilihan raya nanti.

KOTA KINABALU: Gabungan pembangkang Sabah tidak boleh mempunyai satu parti yang dominan seperti yang berlaku dengan Umno, kata Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata semua parti pembangkang harus bekerja secara berpasukan jika bersungguh menumbangkan kerajaan BN.

Wong khuatir melihat deklarasi demi deklarasi oleh parti tempatan, Parti Warisan Sabah, yang mana presidennya Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan hasrat parti itu bertanding sendiri pada pilihan raya nanti.

Bagaimanapun bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, satu gabungan parti-parti pembangkang nasional yang disertai DAP. Shafie berkata PH patut membiarkan Sabah di tangan Warisan.

“Ini menunjukkan kamu cuba menguasai parti-parti lain. Warisan mahu bertanding sendiri di Sabah. Tiada satu parti boleh menang sendiri pada pilihan raya nanti. Mustahil. Sekiranya Shafie rasa Warisan boleh melakukannya, itu hanya imaginasinya,” kata Wong.

Beliau juga tersinggung dengan Shafie kerana berkata walaupun DAP menang 100 kali, parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan negeri.

Wong menasihatkan Warisan jangan angkuh kerana parti itu masih baharu dan belum teruji berbanding DAP yang mempunyai sejarah yang panjang dan bertahan lama.

Beliau berharap Warisan tidak terlalu menggunakan media untuk bercakap dengan rakan kerjasama yang berpotensi.

“Sebaliknya, marilah kita duduk bersama dan berbincang. Tetapi datang dengan niat baik,” katanya.

Secara peribadi, bekas pengerusi DAP Sabah itu melihat peranan Warisan seperti PPBM di Semenanjung, iaitu untuk menyerang kubu Umno.

Malangnya, parti pelbagai kaum itu menumpukan usaha di kawasan-kawasan di mana pihak pembangkang lain sudah kuat, katanya.

Mengenai parti tempatan lain, Wong sukacita Parti Cinta Sabah (PCS), sebuah parti majoriti Kadazandusun Murut, secara terbuka mengumumkan kesediaan bekerja rapat dengan PH.

DAP dan Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing mempunyai hubungan yang baik dan para pemimpin DAP sering menghadiri acara parti tempatan itu sejak tahun lepas.

Bumburing meninggalkan gabungan pembangkang tempatan, Gabungan Sabah pada April tahun lepas, kerana mahukan gabungan lebih besar yang akan menyaksikan perikatan semua parti pembangkang, termasuk PH dan Warisan.

Mengenai Gabungan Sabah, Wong mengesyaki beberapa pemimpin dalam gabungan itu dan mendakwa mereka parti mesra BN.

“Mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. Itu bermakna mereka parti mesra BN. Mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan PH adalah parti mesra BN kerana mereka menyukarkan usaha menumbangkan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun  Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan menyelar Parti Cinta Sabah kerana menggunakan naratif politik tidak betul menggelar Gabungan Sabah sebagai "mesra BN' ditaja BN dan pelbagai lagi. 

Beliau berkata tuduhan itu tidak berasas kerana pimpinan Gabungan terdiri daripada ahli politik yang matang dan bukannya orang tidak berpengalaman yang baru keluar hutan untuk mencari kekayaan melalui politik.

“Ini Hipokrasi mental dan kecetekan fikiran jenis apa? Nampaknya PCS, yang tidak membawa isu penting, dan takut pada Gabungan, tidak habis-habis bercakap tentang naratif tidak betul itu,” kata Adun Bingkor itu.

Sementara itu Jimmy Wong mengingatkan parti-parti tempatan Sabah bahawa akhirnya, perkara paling penting ialah siapa menguasai Putrajaya dan menukar kerajaan negeri akan tidak akan membawa kesan besar kalau mereka yang di Putrajaya kekal berkuasa.

Hari ini PKR dan DAP ada membuat pertemuan bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia satu usaha Presiden PPBM itu memujuk Shafie Apdal bagi tujuan pembahagian kerusi yang jelas parti pembangkang Sabah masih celaru. 

Shafie Apdal sebelum ini bertegas tidak mahu bergabung dengan Pakatan Harapan dan akan bertanding di semua kerusi di Sabah. 

BN akan menang besar jika berlaku pertandingan banyak penjuru di Sabah. Shafie pula berbelah bagi jika meneruskan bersama Pakatan Harapan Warisan akan dicop sebagai parti beragenda Semenanjung. Rakyat Sabah pasti menilai parti yang benar-benar ikhlas memajukan negeri.

Shafie akan bertemu Muhyiddin bagi membincangkan hal pembahagian kerusi hari ini

Sempena kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yasin bekas Menteri Pendidikan ke Sabah, Sabahkini2 mendededahkan satu Skandal kroni Tan Sri Muhyiddin Yasin syarikat yang memonopoli projek Solar Hibrid. Satu projek yang gagal ialah projek "Perjanjian Tambahan kepada Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Negeri Sabah Fasa 2- Pakej 12- SK Jambongan Beluran" yang hanya beroperasi SEBULAN SAHAJA pada tahun 2013.

 

 

2 Comments