[VIDEO] Selangor parah! Kerajaan PH Selangor Gagal tangani Covid-19 di mana Dr Dzulkefly?
13:05 May 15, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Selangor parah! Kerajaan PH Selangor Gagal tangani Covid-19 di mana Dr Dzulkefly?

Selangor semakin Parah! setiap kali Kes Covid-19 melonjak melebihi 2000 kes sehari Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 akan muncul dalam media salahkan Kerajaan PN & KKM. Apa dia buat di Selangor? KKM & Frontliners sudah penat tapi dia sibuk berpolitik

Kerajaan PH Selangor adalah Kerajaan yang gagal! Mereka gagal menangani kes Covid-19 yang tinggi di Selangor. Sejak PKP 1 Mac 2020 Selangor berada di kedudukan teratas hanya ketika gelombang ketiga selepas PRN Sabah, Selangor berada di kedudukan kedua.

Namun Kerajaan GRS Sabah berjaya keluar dari kemelut Covid-19 di ranking pertama. Kini Sabah berjaya dalam melandaikan kes sehingga ke paras dua angka. Semalam Sabah merekodkan hanya 53 kes dan hari ini 60 kes. Jika Kerajaan Sabah dan JKNS (KKM) boleh mengapa tidak Selangor boleh?

Sejak awal pelantikan Dr Dzulkefly sebagai Ketua Task Force Covid-19 Selangor (STFC)  naratif Dr Dzulkefly hanya menyalahkan Kerajaan PN dan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dulu ketika kes Selangor melebihi 3000 kes dia tampil lagi menyalahkan orang lain sambil terlupa kes negeri sendiri tertinggi di negara ini. Setiap kali kes Selangor merekodkan kes tertinggi melebihi 2000 kes pasti muncul wajah Dr Dzulkefly di media membuat serangan mengalihkan isu betapa teruknya Selangor mengurus kes Covid-19. Kini dia muncul lagi berlagak pandai. Wal hal dia bekas Menteri Kesihatan PH yang gagal membendung Covid-19 sejak gelombang pertama.

[ARTIKEL BERKAITAN- 3285 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri ]

Dia kata PKP dilaksanakan kerajaan sewenangnya tetapi lupa bosnya MB Selangor Amiruddin Shari juga antara pemimpin PH yang mencadangkan kepada MKN dan KKM untuk melaksanakan PKP. Nampaknya Dr Dzulkefly gemar menembak diri sendiri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih 2000 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor mengaku gagal lagi? ]

Dr Dzulkefly asyik salahkan orang tapi kes Selangor dia buat apa?

Tuduhan yang sering menjadi modalnya ialah kononnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berkongsi data mentah COVID-19 kepada Kerajaan Negeri Selangor. Katanya KKM menyebabkan mereka seolah-olah ‘bertinju’ dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.

Data mentah apa mereka perlukan? Sedangkan setiap hari KKM menyalurkan data kepada KKM Negeri untuk tindakan segera.  Negeri lain sedikitpun tidak menimbulkan perihal data hanya Dr Dzulkefly dan PH Selangor sahaja bersikap demikian. Bukan itu sahaja MB Selangor turut menyertai mesyuarat MKN Negeri malah memberi cadangan tentang langkah yang perlu menangani Covid-19.

Pada 14 Januari 2021 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin PM dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melawat sendiri Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang berkapasiti maksimum 10,000 katil merawat pesakit Covid-19. Mana Dr Dzulkefly ketika itu? Dia sepatutnya melihat sendiri bagaimana proses itu dilakukan. 


Mana Dr Dzulkefly?

Lantaran itu Dr Dzulkefly dimalukan sendiri oleh MB Selangor pada 3 Februari 2021, apabila Datuk Seri Amirudin Shari dan  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersemuka di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM membincangkan kes Covid-19 yang tinggi di Selangor.

Amirudin Shari sendiri memberitahu media pertemuan dengan Adham dan pasukan KKM di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) itu sangat produktif. Banyak kerjasama telah dilakukan.

“Di sebalik ‘doom and gloom’ (perasaan tidak mempunyai harapan) yang biasa kita dengar apabila dihadapkan dengan angka-angka jangkitan yang meningkat, ternyata perbincangan bersama YB Menteri sangat melegakan,” ujarnya

Beliau berkata, pertemuan tersebut memberi harapan yang terbentang luas untuk kerajaan negeri dan KKM bersama-sama memberikan yang terbaik buat Selangor dan Malaysia.

“Banyak yang sempat dibincangkan dalam rangka masa hampir dua jam, daripada sebesar-besar isu vaksin dan Pusat Transit Sementara (PTS) membawa ke isu pewartaan, termasuk isu-isu lain seperti perkongsian data dan kerjasama melalui agensi kerajaan negeri.

Jadi apa yang Dr Dzulkefly bisingkan? dia dan MB Selangor tiada mesyuarat bersama atau Group WhatsApps ke? Bukankah beliau boleh bertanya sendiri dengan MB Selangor apa yang perlu mereka lakukan di Selangor.

Kerajaan PH Selangor tunjuk kuasa mahu kawal Covid-19

Kerajaan negeri Selangor pada bulan oktober 2020 tidak mahu PKPB dilaksanakan. Kalau boleh tiada Perintah Kawalan Pergerakan langsung di Selangor. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini mengejutkan kerana percaya hanya daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling mempunyai bilangan kes yang membimbangkan. Daerah lain tak tinggi maka katanya tidak perlu.

Apa terjadi? Kluster tempat kerja atau sektor Kilang mencetuskan kes terbesar di Selangor. Kilang Top Glove mencecah 7,137 sehingga 30 Januari 2021. Malah sehingga kini kluster tempat kerja sektor perkilangan masih kekal tertinggi. 

 

Namun kali ini MB Selangor sedar dia perlukan kerajaan pusat. Daripada data sedia ada KKM dan MKN turut mendengar cadangan MB Selangor bagaimana PKP boleh di laksana di Selangor. Ini termasuk PKP 6 Daerah di Selangor. 

Kegagalan terbesar Dr Dzulkefly ialah projek  aplikasi dibangunkan Kerajaan Negeri, Langkah Masuk Dengan Selamat atau (SELangkah) yang kononnya terbaik berbanding MySejahtera. Beliau sentiasa memuji SElangkah tetapi semua tahu aplikasi SElangkah itu kini gagal dan tidak digunakan pun oleh rakyat Selangor. Yang kenyang hanyalah kroni Dr Dzulkefly. Ribuan kes SElangkah gagal mengesan pesakit Covid-19. Yang SELangkah tahu ialah mencuri data pengguna berbanding tujuan pengesanan Covid-19. 

Kini Dr Dzulkefly mula tertarik sistem amaran awal kluster Covid-19 menerusi “Hotspot Identification For Dynamic Engagement” (HIDE) tetapi dia terlupa sistem itu juga mengambil maklumat daripada MySejahtera Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperkasakan strategi “finding” (kenal pasti), “tracing” (kesan), “testing” (ujian), “isolation” (kuarantin) dan “support” (sokongan) atau FTTIS seperti dituntut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapi beliau sendiri sebagai Ketua Task Force gagal menggunakannya di Selangor. Semua pun dilakukan oleh KKM. 

November 2020  Selangor mengumumkan berbelanja sebanyak RM400 juta memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri tetapi ke mana semua dana itu? 'Pakej Kita Selangor' RM 73.87 juta, lebih RM6 juta projek  ujian saringan bersasar COVID-19 tetapi apa hasilnya? Selgate yang untung,  Selangor tetap juara Covid-19.

Hakikatnya KKM juga yang melaksanakannya membantu Selangor. Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor serta Ketua Task Force Selangor goyang kaki saja. Masuk TV dalam bual bicara jadi kaki komen tetapi kerja sendiri gagal laksana.

Rakyat Selangor sendiri pun hairan apa sebenarnya kerja Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor serta tugasKetua Task Force Selangor?

Seminggu ni tular video 1500 rakyat Selangor mendaftar masuk Stadium Malawati di Seksyen 13, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling. Ini belum masuk lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang tidak kurang ramainya pesakit Covid-19. 

Video 1


Video 2: Imaret


Video 3

Daripada Dr Dzulkefly sibuk menyalahkan kerajaan PN lebih baik mereka bantu 19 CAC di daerah Selangor seperti di Petaling; Gombak; Hulu Selangor; Klang; Kuala Langat dan Sepang, manakala dua di Hulu Langat, tiga di Kuala Selangor dan sembilan di Sabak Bernam. Lebih baik salur dana membantu JKNS Selangor.

MB Selangor sendiri pun tidak mengeluh dengan lebih 2000 kes di Selangor. Beliau tahu membuka mulut menyalahkan kerajaan pusat ibarat meludah ke muka sendiri. Kerana MB Selangor tahu dia gagal menyekat kes Covid-19 yang menular di Selangor. Jawapannya beliau perlukan KKM.

 

 

2 Comments