PBS cuba buktikan Shafie, Warisan sangat terdesak untuk berkuasa?
13:05 May 15, 2021  |  By SabahKini2
PBS cuba buktikan Shafie, Warisan sangat terdesak untuk berkuasa?

Sekian lama Pemimpin Warisan menghina gerak kerja PBS. Hari ini Warisan menukar rentak cuba strategi menarik PBS. UPKO kini ibarat sampah jadi mereka perlu menarik PBS. PBS pula 'acah-acah' bermain tali buktikan Warisan sangat terdesak untuk berkuasa.

Kerjasama politik 'acah-acah' terdesaknya Warisan mahu berkuasa?

Pertengahan April lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengkantoikan penipuan Warisan PH sebelum ini kononnya 17 daripada 21 tuntutan Sabah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga Mac tahun 2020 sebagai tidak benar.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang menafikan dakwaan berkenaan kerana yang dimaksudkan itu hanya dipersetujui untuk diselesaikan, namun belum ada keputusan muktamad.

“Pihak pembangkang, ketika kerajaan PH sebelum ini mengatakan mereka sudah mencapai sesuatu ketika pentadbiran mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tidak benar PH selesaikan 17 daripada 21 isu MA63 – Ongkili ]

“Mereka mendakwa, daripada 21 isu yang dibangkitkan, sebanyak 17 diselesaikan tetapi ia sebenarnya tidak betul. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ada 21 isu disenaraikan, jawatankuasa meneliti 17 daripadanya dan bersetuju untuk menyelesaikannya.

“Tiada keputusan muktamad kecuali dua atau empat isu di Sabah termasuk berkaitan perhutanan. Mereka hanya menyatakan komitmen untuk menyelesaikan 17 isu berkenaan tetapi dasar, undang-undang dan peraturan belum diubah dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan

Kenyataan Dr Maximus Ongkili itu nampaknya membakar kemarahan pemimpin Warisan. Bermula dari itu setiap hari Ketua Wira Warisan dan pemimpinnya menyerang Dr Maximus.

Warisan berubah atau terdesak?

Dalam satu forum virtual baru-baru ini dianjurkan oleh Pertubuhan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) “Beyond the 2020 Sabah Pool: Sabah Moving Forward” menjemput dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Bung Moktar dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan juga bekas Menteri Warisan Datuk Darell Leiking memberi repons terhadap soalan yang dikemukakan berhubung hak Sabah

Antara yang menjadi tular ialah kesediaan ‘acah-acah’ Bung Moktar bahawa UMNO sedia bekerjasama dengan Warisan. Kata Bung politik ‘sentiasa berubah-ubah’ justeru ‘tiada yang mustahil dalam politik’.

Dr Jeffrey Kitingan pula berkata  perlunya Perlembagaan Persekutuan baharu adalah jawapan untuk mengatasi segala permasalahan membabitkan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Ia disokong Darell Leiking dan bersedia menyokong tindakan Dr Jeffrey dan Bung.

Sejak itu spekulasi ‘acah-acah’ seakan menekan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah dalam GRS semakin rancak.

Membalas kenyataan Dr Jeffrey Kitingan mengenai Perlembagaan Baharu,  Datuk Seri Maximus Ongkili berkata tiada keperluan untuk merangka draf perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dalam membentuk Malaysia.  Maximus Ongkili berkata lebih baik mengkaji MA63 dan memperbaiki segala kelemahan dan melihat bagaimana ia dapat membantu penduduk di Sabah dan Sarawak.

Apakah ini perang persepsi siapa parti paling relevan?

Shafie Apdal pula melihat ini sebagai peluang untuk melaga-lagakan GRS.

Oleh itu Shafie Apdal ‘acah-acah’ sudi bekerjasama dengan PBS pada masa depan dengan berkata bersedia bekerjasama dengan PBS. Katanya PBS adalah parti tempatan yang mempunyai sejarah di negeri di Sabah serta beliau mengenali secara peribadi pemimpin parti itu terutama Ongkili.

Sekalipun pemimpin Warisan kerap menghina PBS tetapi PBS memainkan peranan membakar lagi sentimen politik di Sabah yang panas dengan mengaku bersedia bekerjasama dengan Parti Warisan dan pembangkang di Sabah demi rakyat Sabah. ‘Acah-acah’ Ongkili ini nampaknya memberikan pelbagai tafsiran.

“Kami mengambil maklum mengenai isyarat politik oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menjalin kerjasama demi kebaikan semua rakyat Sabah,” kata Ongkili

Mengapa baru sekarang Warisan mahu bekerjasama dengan PBS? jawapannya Warisan sangat terdesak. Sebelum ini Warisan memperalatkan UPKO sehingga UPKO berjaya mengkhianati BN. Kesannya UPKO ditolak oleh rakyat Sabah. PBS juga sedar jika mereka bertindak ala-ala UPKO mereka akan rugi besar dalam percaturan ini melainkan mereka menduduki kerusi Ketua Menteri. Bagaimanapun itu tidak akan berlaku buat masa ini. Kedudukan PBS sekarang dalam GRS pun dikira sangat baik walaupun kadang-kadang PBS merasa dibayangi oleh STAR termasuk beberapa insiden STAR menerima keahlian pemimpin PBS yang melompat kepada STAR. 

Lompat parti tidak dapat dielakkan

Sebagaimana BN Sabah sebelum ini berhadapan isu lompat parti menyebabkan BN tumbang pada 12 Mei 2018 ia turut melanda kepada Warisan menyebabkan Shafie Apdal terpaksa membubarkan DUN Sabah penghujung Julai 2020.

Harga PRN itu dibayar dengan gelombang jangkitan Covid-19.

Hari ini ketika GRS berkuasa ADUN Warisan juga keluar parti menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sebagaimana yang berlaku kepada Adun Sebatik baru-baru ini.

Dilaporkan ramai lagi yang bakal keluar namun terhalang serta mengambil sikap tunggu dan lihat. Warisan tiada pilihan selain mengambil pendekatan ugutan saman jika ADUNnya keluar parti.

Warisan yang terkesan kepada lompat parti membuat laporan kepada SPRM. Pendedahan Hamid Bador bekas KPN dijadikan modal untuk menyerang balas isu lompat parti namun Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata tidak salah lompat parti kecuali melibatkan bayaran rasuah.

Shafie Apdal sedar jika keadaan ini dibiarkan lebih lama Warisan tidak sebagai kerajaan semakin ramai akan keluar. Sebagaimana Warisan berkuasa memberi tekanan kepada lawan dalam bentuk perundangan, penggunaan agensi kerajaan, tekanan peruntukan Adun dan mungkin tawaran jawatan,  pemerintah semasa juga tidak mustahil menggunakan cara yang sama.

Kes rasuah Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan tahun 2017 akhirnya kini sedang didakwa di mahkamah kerana pecah amanah wang RISDA, kes wang haram  (AMLA) dan penipuan dokumen palsu di UMS.

Tidak mustahil kes rasuah KKLW Shafie Apdal melibatkan adik-beradiknya pada tahun 2017 yang ditutup PH pada 2020 juga sedang diperkemas untuk pendakwaan.

Shafie Apdal, Darell Leiking dan Warisan terdesak untuk berkuasa sekarang. Oleh itu strategi membina networking memecahkan GRS dari dalam perlu dilakukan. Jika Shafie dan Warisan tidak bergerak sekarang mereka tentu akan sukar jika GRS melakukan gerakan baharu merampas ADUN Warisan.

Pertemuan sulit Shafie dengan pemimpin GRS sengaja didedahkan kononnya ada perjumpaan perundingan kerajaan baharu namun hakikatnya ia masih terlalu jauh untuk direalisasikan.

Kerajaan GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji sudah tentu melihat polemik ‘Acah-acah’ pemimpin GRS sebagai sesuatu yang serius untuk memberi kuasa kepada pemimpin komponennya. Sebarang rasa tidak puas hati boleh menjadi satu masalah jika tidak diuruskan antara pemimpin BN, STAR dan PBS.

Memasukkan komponen parti serpihan BN yang tewas dalam Perikatan Nasional bukan satu jalan selamat untuk PN memandangkan yang diperlukan ialah kualiti pemimpin. Ia mungkin memberi masalah dikemudian hari dari sudut pembahagian kerusi. Pembahagian kerusi UMNO dan Bersatu saja amat sukar dilakukan apatah lagi bekas komponen serpihan BN yang tidak ada satu kerusi DUN dan Parlimen dimenangi.

Walau apapun permainan kali ini terdesaknya Warisan mahu berkuasa dengan segala cara pasti menguji hubungan komponen GRS di Sabah. Bolehkah Warisan menggoyangkan GRS dengan strategi 'acah-acah' kerjasama parti politik ini atau seperti UPKO bakal berkubur?

 

8 Comments