Demi jawatan Naib Canselor, Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000
18:05 May 16, 2021  |  By SabahKini2
Demi jawatan Naib Canselor,  Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000

Apa sudah jadi KPPT dan dua TNC UPM langgar SOP PKP?. Kini disiasat polis. Semuanya demi lobi jawatan Naib Canselor UPM yang kosong gara-gara VC UPM sebelum ini digantung tugas kerana skandal wanita. Ini bukan kali pertama TNC HEPA UPM langgar SOP!

Gara-gara semua mahu melobi Naib Canselor UPM yang baharu akhirnya Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Datuk Dr Husaini Omar didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila hadir merasmikan majlis hari raya pada hari raya pertama bersama pemimpin dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superitenden Mohd Rosdi Daud berkata, satu laporan polis telah dibuat ekoran daripada satu artikel sebuah portal milik parti Amanah (MalaysiaDatelines) berkaitan dakwaan itu pada Sabtu.

Sejak semalam tular gambar tiga serangkai Prof Datuk Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Prof  Dr Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) hadir dalam majlis hari raya aitu.

 

KPPT Tiada pelitup muka: Jika polis memerlukan gambar lembi banyak membuktikan pelanggaran SOP


Turut hadir ialah  pemimpin kanan Kesatuan kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KAPERTAMA).

Sebelum ini semua mengambil maklum tentang arahan Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan SOP PKP 3.0 bagi melawan Covid-19 antaranya segala perhimpunan rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Aktiviti sosial lain ialah majlis resepsi, perkahwinan, persidangan, doa selamat dan banyak lagi tersenarai dalam senarai tidak dibenarkan oleh MKN. Ia sangat jelas dalam senarai aktiviti tidak dibenarkan NEGATIVE LIST

 

Menurut Mohd Rosdi Daud siasatan polis ialah berdasarkan gambar program tersebut

"Siasatan kini dijalankan dibawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021. (Melanggar SOP PKP) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas pengunjung dan RM10,000 ke atas penganjur," katanya.

Mohd Rosdi memaklumkan kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya dalam kadar segera.

Persoalannya mengapa Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, TNC Akademik dan TNC HEPA berani melanggar SOP?

Sebelum ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman telah mengingatkan kepada penjawat awam agar semua pegawai awam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai awam melanggar PKP boleh diambil tindakan tatatertib dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Kerana melobi jawatan Naib Canselor tiga serangkai sekali terperangkap dalam majlis. Prof Datuk Dr Husaini Omar sekalipun telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) tetapi sangat berminat kerusi Naib Canselor UPM Ini.

Begitu juga pemangku Naib Canselor UPM sekarang Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan yang sekarang TNC AA turut mengintai kerusi VC UPM.

Paling mahu cepat ialah Prof  Dr Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni walau tahu semua perkara dalam PKP tidak perlu dilakukan tetapi beliau menganjurkan Majlis Hari Raya UPM itu. Ialah peluangnya jika Dr Husaini dan Dr. M. Iqbal gagal maka beliaulah yang layak sebagai VC UPM.

Selepas kantoi UPM cuba bertindak 'cool' dan cuba menjawab penganjuran majlis mengikut SOP wal hal semua tahu larangan mengadakan majlis hari raya. Semua pihak tidak terkecuali.

 

Naib Canselor UPM sekarang kosong selepas susulan penggantungan Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai Naib Canselor kerana didakwa terlibat dengan skandal wanita. Pengurusan UPM semua tahu perkara ini bagaimanapun perkara ini tidak akan didedahkan dalam artikel ini.

Oleh itu dua TNC sekarang berlumba untuk mendapat tempat. Bagi TNC AA Dr. M. Iqbal Saripan isu pelanggaran SOP oleh TNC HEPA akan memberi peluang untuk dia naik ke atas. Oleh itu TNC AA selaku pemangku VC UPM mahu TNC HEPA bertanggungjawab.


Nampaknya jika Datuk Dr Husaini Omar KPPT tak menjadi VC UPM beliau menyokong Dr Ariffin TNC HEPA
TNC HEPA pula berusaha 'mengipas' KPPT. 

 

Sebenarnya ini bukan kali pertama Prof  Dr Arifin Abdu TNC HEPA melanggar SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor pada 15 hingga 28 April . TNC HEPA ni nampaknya tak peduli pun hal SOP ni. Pusat Sukan UPM bawah HEPA menganjurkan Bengkel Pemurniaan Modul Prestasi Tinggi bagi Sukan Sepak Takraw dengan kerjasama pihak luar USSA-MY. Sudah jelas dalam SOP PKPB seminar, bengkel dan Mesyuarat tidak dibenarkan apatah lagi membawa orang luar masuk ke UPM.

Agaknya apa terjadi dari bengkel ini?

Menurut sumber dilaporkan sehingga kini lebih 20 kes Covid-19 dari kluster ini. Ada kalangan pelajar dibenarkan pulang dan ada yang menjalani kuarantin di kampus. 

Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa 3 pelajar tahun akhir terlibat dengan bengkel Bengkel Pemurniaan Modul Prestasi Tinggi bagi Sukan Sepak Takraw  anjuran Dr Hanafiah dari Pusat Sukan UPM di Kolej Canselor. Tiga Pegawai Sukan iaitu Dr Hanapiah, Razizi dan Al Amin positif Covid-19. Tiga lagi daripadanya adalah ornag luar iaitu Jurulatih Sepak takraw Nasional yang dilaporkan juga positif Covid-19. Kesannya panjang turut menjangkiti individu lain. 

 
Pelajar UPM berbaju T-shirt merah dilaporkan positif dan menjangkiti ramai orang

Jadi siapakah yang bersalah? Apa tindakan Prof  Dr Arifin Abdu TNC HEPA? Mengapa UPM merahsiakan kes ini? kerana bimbang ia menjejaskan nama UPM. 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi perlu mengambil tindakan tegas perkara ini. Pihak pengurusan dari Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi hingga Pengurusan Universiti bersekongkol melanggar SOP. Jika mahu melobi jawatan tunjuk kerjapun berpada-padalah jangan sampai memudaratkan ramai pihak. Bagaimana jika Majlis Hari Raya itu menyebarkan jangkitan Coid-19?

Datuk Noraini carilah orang lain memimpin Naib Canselor UPM. Janganlah tiga serangkai di atas yang melanggar SOP. Alangkah malunya KP Pendidikan Tinggi, dua TNC UPM dan peserta dikompaun ribuan ringgit. 

 

NOTA: Sejak dari dahulu Naib Canselor UPM kontroversi. Dulu Geng IKRAM berebut kuasa di UPM. Sekarang Geng TNC muda berlumba untuk melobi menjadi Naib Canselor. 

92 Comments