Warisan gigit jari, Setiausaha Agung PBS kata GRS masih kukuh
23:05 May 17, 2021  |  By SabahKini2
Warisan gigit jari, Setiausaha Agung PBS kata GRS masih kukuh

Ketua Penerangan GRS yang juga Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai menafikan PBS bersama Warisan membentuk kerajaan. GRS katanya masih kukuh

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menangkis dakwaan dimedia sosial yang mengatakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan kembali membentuk kerajaan sekaligus menjadi Ketua Menteri semula

Hanya kerana mesej dan audio yang tular kononnya Shafie dan Warisan akan mengangkat sumpah ‘esok’.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai berkata, perkara itu hanya sekadar kata-kata sahaja memandangkan kerajaan GRS kini kukuh dengan majoriti besar.

“Tidak ada yang perlu dinafikan kerana ianya tidak mempunyai kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, perkara tidak benar itu mula ditularkan pada minggu Hari Raya selepas Shafie dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan beliau lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan PBS.

Kenyataan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengalu-alukan kerjasama dengan parti pembangkang perkara biasa bukan bertujuan menumbangkan kerajaan GRS.

Sesiapa juga boleh bekerjasama sebagaimana kenyataan Datuk Seri Bung Moktar sebelum ini tiada halangan  bekerjasama dengan parti pembangkang.

Bagaimanapun para pengikut parti Warisan menganggap ia satu harapan baru untuk berharap kerajaan bertukar oleh itu mereka menyebarkan berita palsu supaya kerajaan sibuk menjawab isu.

[ARTIKEL BERKAITAN- PBS cuba buktikan Shafie, Warisan sangat terdesak untuk berkuasa? ]

 PBS cuba buktikan Shafie, Warisan sangat terdesak untuk berkuasa?


Turut ditularkan ialah infografik parodi Shafie Apdal menunggu PBS di Istana Negeri untuk angkat sumpah daripada netizen menggambarkan terdesaknya Warisan.

 

12 Comments