Hanya propaganda politik kata Hajiji
00:05 May 18, 2021  |  By SabahKini2
Hanya propaganda politik kata Hajiji

Hajiji tegaskan kerajaan GRS stabil dan tidak mahu mengambil perhatian sangat terhadap isu kerana apa yang penting membangunkan negeri Sabah. GRS diberi mandat rakyat

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyifatkan khabar angin yang tersebar konon akan berlaku peralihan kuasa di negeri itu hanya propaganda politik yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, perkara itu juga hanya ditimbulkan untuk untuk merosakkan perpaduan dalam kalangan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Bagaimanapun, saya ingin tegaskan kerajaan GRS stabil dan kami juga tidak mahu mengambil perhatian sangat terhadap isu ini kerana apa yang penting bagi kami adalah membangunkan negeri Sabah.

“Saya tidak tahu apa niat sebenar pihak yang menyebarkan khabar angin ini tetapi saya melihat ia lebih bertujuan untuk mengganggu perpaduan di kalangan parti dalam GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Meruntum di pusat pemindahan sementara (PPS) di PPR Serigai.

Hajiji berkata, dakwaan itu kini bukan lagi satu isu kerana Setiausaha Agung PBS, Joniston Bangkuai menafikannya semalam.

“Lebih baik kita tumpukan untuk membangunkan negeri ini kerana rakyat telah memberi mandat kepada kita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

 

2 Comments