Terkini! Masuk Sabah Wajib Kuarantin 14 Hari, saringan PCR
07:05 May 19, 2021  |  By SabahKini2
Terkini! Masuk Sabah Wajib Kuarantin 14 Hari, saringan PCR

Kerana rentas negeri libatkan pasangan suami isteri dari Wilayah Persekutuan Labuan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan kluster baharu di Tawau Sabah. SOP kini Kuarantin 14 hari dan wajib PCR

Gara-gara dua kes melibatkan pasangan suami isteri dari Wilayah Persekutuan Labuan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan Kerajaan negeri membuat keputusan tegas memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke Sabah individu dari luar Sabah.

Berikutan itu, bermula 20 Mei ini, kemasukan ke Sabah dikehendaki menjalankan syarat wajib kuarantin 14 hari bagi orang yang berasal bukan berasal dari Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pengambilan ujian saringan menggunakan PCR dengan keputusan negatif juga diwajibkan sebelum setiap individu masuk ke Sabah.

Bagi individu yang bukan berasal dari Sabah dan ingin masuk ke Sabah, mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di hotel atas pembiayaan sendiri.

Manakala, bagi penduduk asal Sabah atau pemegang tetap dan pemegang pas kerja yang bermastautin di Sabah dikehendaki menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah setelah masuk ke Sabah.

Bagi kemasukan pegawai-pegawai kerajaan dibenarkan tanpa perlu menjalani 14 hari kuarantin namun, keputusan PCR haruslah negatif. Bagaimanapun, ini tertakluk kepada pegawai yang mempunyai surat rasmi bertugas di Sabah sahaja.

17 hotel disenaraikan sebagai pusat kuarantin antaranya Pan Pacific Sutera Hotel, Ming Garden Hotel, Palace Hotel, Sky Hotel, Monaco Boutique Hotel, Oyo Hotel Lucky Eleven, Capital Hotel, Mandarin Hotel serta Marco Polo Hotel (Tawau).

Sekiranya pusat kuarantin tidak mencukupi, bilangan hotel yang dijadikan pusat kuarantin akan ditambah dari masa ke semasa.

Untuk kemasukan pelabur asing ke Sabah bagi tujuan melabur adalah dibenarkan melalui kebenaran khas dengan syarat mereka harus mengemukakan permohonan terlebih dahulu. Pelabur asing tidak perlu menjalani perintah wajib kuarantin.

 

                                                                                                                           

5 Comments