Ketegasan Masidi, ketatkan SOP masuk Sabah kuarantin 14 hari, ujian saringan kawal jangkitan COVID-19
10:05 May 20, 2021  |  By SabahKini2
Ketegasan Masidi, ketatkan SOP masuk Sabah kuarantin 14 hari, ujian saringan kawal jangkitan COVID-19

Sabah berjaya turunkan kes. Kerajaan GRS perikemanusian beri peluang rakyat Sabah berhari raya, benarkan rentas daerah dengan SOP ditetapkan. Tapi dilanggar maka SOP masuk ke Sabah diketatkan semula. Wajib kuarantin 14 hari sekat jangkitan Covid-19

Sabah merekodkan tiga kluster baharu 19 Mei dengan mencatatkan keseluruhan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 160 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata tiga kluster baharu masing-masing Kluster Kolopis di Penampang dengan 13 kes keseluruhan, Kluster Sungai Imam di Tawau sebanyak 27 kes manakala Kluster Muhibbah Dua di Lahad Datu mencatatkan 14 kes baharu.

Katanya daripada jumlah kes positif direkodkan,Tawau mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 54 kes diikuti Lahad Datu 29, Papar dan ibu negeri masing-masing 16 kes.

“10 kes di Kuala Penyu, lapan kes di Semporna dan Putatan serta Kinabatangan mencatatkan empat kes di setiap daerah manakala Sandakan, Penampang dan Kalabakan sembilan kes dan dua kes dicatatkan di Kota Belud.

“Keningau dan Beaufort masing-masing satu kes manakala tiada kes yang dicatatkan di daerah tidak dinyatakan,” katanya.

Sabah benarkan ziarah hari raya

Sabah terbukti berjaya menurunkan kes kepada dua angka. Oleh itu tidak terikat dengan Kerajaan Pusat 11 Mei lalu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun mengumumkan meneruskan SOP sedia ada melaksanakan PKPB tidak seperti Semenanjung melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun. 

Sempena Aidilfitri, ziarah hari raya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang. Lain-lain aktiviti yang dibenarkan ketika hari raya ialah takbir raya dan solat sunat di masjid serta surau, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dengan syarat penyediaan makanan secara berbungkus dan diedarkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

Menziarahi kubur ketika hari raya juga dibenarkan, tetapi tidak melebihi 30 minit dan enam orang untuk satu lot kubur.

Bagaimanapun Kerajaan Sabah mengekalkan larangan rentas daerah mulai 11 Mei hingga 16 Mei bagi mengawal penularan kes Covid-19 kerana rentas daerah atau negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN-Sabah tidak laksana PKP seperti Semenanjung, SOP sedia ada kekal kata Masidi ]

Kesalahan rentas negeri/daerah

Sekalipun semua SOP diperketatkan sempena hari raya, Datuk Masidi mengumumkan pada hari raya pertama lebih 60 kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa dengan lebih separuh daripada kompaun itu adalah atas kesalahan merentas negeri atau daerah.

Pelbagai helah dilakukan oleh netizen menggunakan pelbagai surat untuk rentas daerah balik ke kampung halaman masing-masing termasuk menggunakan laluan tikus.

Rakyat Sabah di Semenanjung dan Labuan ada yang terlepas balik ke Sabah lebih awal atau sebelum hari raya. Hari ini kesan rentas daerah/negeri tetap memberi kesan kepada usaha Kerajaan Sabah mengawal pandemik Covid-19. Kerajaan Sabah sudah beri peluang tetapi rakyat tidak memanfaatkan peluang diberi tetapi memberi kesukaran kepada kerajaan. Rakyat yang patuh menjadi mangsa.

Gara-gara dua kes melibatkan pasangan suami isteri dari Wilayah Persekutuan Labuan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri mencetuskan kluster baharu di Sabah menyebabkan Kerajaan negeri membuat keputusan tegas memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke Sabah individu dari luar Sabah.

Oleh itu bermula 20 Mei ini, kemasukan ke Sabah dikehendaki menjalankan syarat wajib kuarantin 14 hari bagi orang yang berasal bukan berasal dari Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun juga mengumumkan pengambilan ujian saringan menggunakan PCR dengan keputusan negatif juga diwajibkan sebelum setiap individu masuk ke Sabah.

Bagi individu yang bukan berasal dari Sabah dan ingin masuk ke Sabah, mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di hotel atas pembiayaan sendiri.

Manakala, bagi penduduk asal Sabah atau pemegang tetap dan pemegang pas kerja yang bermastautin di Sabah dikehendaki menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah setelah masuk ke Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN - Terkini! Masuk Sabah Wajib Kuarantin 14 Hari, saringan PCR ]

10 kes di Kuala Penyu juga dilaporkan daripada rentas negeri dari Wilayah Persekutuan Labuan.  Daerah Kuala Penyu kini bertukar dari zon hijau ke zon kuning. Oleh itu peningkatan kes Sabah semalam sehingga 160 kes membimbangkan Kerajaan Sabah.

Mungkin tindakan lebih tegas diambil kepada individu rentas negeri yang melanggar SOP, menipu pihak berkuasa kebenaran rentas daerah dan menjadi penyebab jangkitan Covid-19 di Sabah.

Tindakan cepat Datuk Seri Masidi Manjun mengetatkan SOP serta merta adalah langkah tepat sebelum kes melonjak lebih tinggi di Sabah.

 

NOTA: Panduan Kebenaran Masuk Ke Sabah Daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan WP Labuan Berkuatkuasa 20 Mei 2021 7 Jun 2021. Untuk Permohonan Kelulusan Khas layari :

https://hednp.sabah.gov.my/

Muat turun PDF :

https://954bd5f9-5ce9-4d1d-ad06-d234faa48da6.filesusr.com/ugd/373d21_d96090d6dd25422c942170e06cb23f01.pdf

2 Comments