Najib sahkan diperdaya surat palsu Peter Anthony guna minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW
12:05 May 20, 2021  |  By SabahKini2
Najib sahkan diperdaya surat palsu Peter Anthony guna minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW

Najib berkata, Peter memperdayakannya menggunakan surat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mempercayainya dokumen itu benar kerana minit sokongan Shafie Apdal Menteri KKLW ketika itu

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa beliau dengan niat baik percaya terhadap ketulenan dokumen yang diserahkan oleh Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony kepada pada 2014.

Peter didakwa memalsukan dokumen kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bukannya cuai sehingga membiarkan Peter memperdaya dan menipunya kerana menjadi kebiasaan menerima berpuluh-puluh dokumen permohonan setiap hari.

Najib berkata, Peter memperdayakannya menggunakan surat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mempercayainya dokumen itu benar dan bertentangan dengan hasrat sebenar Universiti Malaysia Sabah

“Saya telah menerima Surat Pejabat Timbalan Naib Canselor bertarikh 9 Jun 2014 bertajuk ‘Kerja-kerja Operasi dan Penyelenggaran Sistem Mekanikal dan Elektrikal di Bangunan Fasa 2B, Bangunan dan Infra di Kampus Induk (FPL/ Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) dan Bangunan Lain UMS, selama lima tahun.

“Dan ianya telah ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Dr Shariff Abdul Kadir S Omang Al-Haj.

“Pihak universiti juga menyokong penuh kerjasama antara ULink Property Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh UMS) dan Asli Jati Engineering Sdn Bhd (milik Anthony) bagi melaksanakan kerja kontrak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca keterangan sebagai saksi ke-12 pendakwaan kes pemalsuan dokumen kontrak penyelengaraan oleh Peter Anthony di hadapan Hakim Azura Alwi

Peter didakwa menipu dengan memalsukan dokumen surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu.

Beliau didakwa dengan sengaja berniat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun hingga 21 Ogos 2014.

Peter juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa sama.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, seandainya beliau tahu surat itu telah dihasilkan tanpa pengetahuan serta sokongan Ahli Lembaga Pengarah UMS, beliau tidak akan pertimbangkan sokongan kontrak tersebut.

“Saya tidak tahu semua ini dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Ahli Lembaga Pengarah, saya juga percaya surat itu mendapat mandat daripada pengurusan UMS kerana ada minit sokongan catatan tulis tangan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Surat itu saya berikan kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Allahyarham Datuk Azlin Alias untuk tindakan selanjutnya,” terangnya.

Sebelum ini saksi pendakwaan keenam Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tun Zaki Azmi mengesahkan tidak pernah menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Datuk Peter Anthony

Zaki berkata sekitar Ogos 2014, Mohamad Harun telah berjumpa dengannya dan memaklumkan terdapat tiga surat sokongan berhubung kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan bagi sistem M&E di bangunan Fasa 2B, bangunan dan infra di Kampus Induk (FPL/Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) serta bangunan lain UMS.

“Datuk Harun berkata antara kandungan surat tersebut adalah berkaitan pihak UMS yang dikatakan telah menyokong pelaksanaan kontrak kerja berkenaan diberikan kepada syarikat Jati Asli.

“Perkara ini adalah bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah tersebut dan Datuk Harun telah mengingatkan saya bahawa Lembaga Pengarah telah memutuskan kontrak untuk kerja penyelenggaraan M&E hendaklah dibuat secara tender terbuka,” katanya.

Tun Zaki juga memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Zaini Ujang telah mengatur pertemuannya dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Najib Razak di bangunan Parlimen.

“Saya telah memaklumkan secara ringkas mengenai kandungan surat-surat tersebut kepada YAB Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju agar kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem M&E di UMS dibuat secara tender terbuka.

“Pada Januari 2015, saya sekali lagi berjumpa dengan Datuk Seri Najib dalam satu program di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak dan beliau turut bersetuju agar kontrak M&E bagi fasa 2A juga dibuat secara tender terbuka,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tun Zaki buktikan Peter Anthony bolot projek sistem Mekanikal Elektrikal, tipu tuntutan selenggaraan UMS ]

Tun Zaki buktikan Peter Anthony bolot projek sistem Mekanikal Elektrikal, tipu tuntutan selenggaraan UMS

 

Najib dalam keterangannya mengesahkan telah ditemui oleh Tun Zaki Pengerusi Lembaga Pengarah UMS. Beliau kemudian memaklumkan kepadanya di Parlimen bahawa UMS sudah melantik syarikat REMT Utama Sdn Bhd untuk kerja penyelengaraan.

“Zaki memberitahu pihaknya tidak pernah keluarkan surat sokongan  untuk Syarikat Jati. Penipuan seperti ini merosakkan reputasi saya dan juga membabitkan wang kerajaan sekiranya syarikat itu memfailkan saman dan kita terpaksa bayar ganti rugi,” katanya.

Najib selesai memberi keterangan dalam tempoh kurang daripada satu jam, perbicaraan bersambung 26 Julai ini.

Terdahulu, Peter memohon untuk pulang ke Sabah kerana perlu melakukan ujian calitan dan memohon prosiding bersambung tanpa kehadirannya namun permohonan itu ditolak Azura.

[ARTIKEL BERKAITAN-UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati milik Peter secara rundingan terus- Bekas NC UMS ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Pendaftar UMS dakwa ditipu Peter, kini diugut untuk sahkan dokumen palsu ]

 

13 Comments