GRS kukuh, Warisan terdesak manipulasi istilah 'Kerjasama'
07:05 May 21, 2021  |  By SabahKini2
GRS kukuh, Warisan terdesak manipulasi istilah 'Kerjasama'

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata parti itu tidak mungkin dapat membentuk kerajaan pakatan dengan pembangkang khususnya Parti Warisan Sabah (WARISAN). Kerjasama sama ada masuk PN atau demi pembangunan

Dicelah-celah Shafie dan pemimpin Warisan mengambil kesempatan atas istilah ‘kerjasama’ yang Dr Maximus nyatakan, Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini memberi jaminan sokongan parti itu terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini tidak akan berbelah bahagi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata parti itu tidak mungkin dapat bekerjasama dengan pembangkang (Pakatan), khususnya Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang sebelum ini dikhabarkan mahu menjalin kerjasama dengan PBS.

Beliau sebaliknya mengajak WARISAN untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana berpendapat hanya menerusi cara itu kedua-dua parti boleh bekerjasama.

"Sebagai tulang belakang kerajaan negeri, tiada sebab untuk PBS mengambil tindakan yang boleh merosakkan perpaduan dan kekuatan dalam GRS. PBS juga terus komited memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor selaku ketua kerajaan negeri dan Pengerusi GRS," katanya dalam kenyataan.

Maximus berkata, pendirian dan komitmen PBS itu dinyatakan dengan jelas ketika kunjungan hormat pemimpin tertinggi PBS yang diketuainya terhadap Hajiji.

Kunjungan hormat itu katanya disertai tiga Timbalan Presiden PBS iaitu Datuk Radin Maleh, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Dr Yee Moh Chai; Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai.

"Kami memberi jaminan PBS akan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan jentera parti akan memberikan kerjasama penuh terhadap pelaksanaan program pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.

Shafie Warisan salah tafsir

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, kenyataannya baru-baru ini disalah tafsir dan diputar belit bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Niat sebenar saya ialah untuk menyatakan keterbukaan parti kepada pembangkang, khususnya WARISAN untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mencapai misi pembangunan yang sama demi kebaikan negeri dan rakyat Sabah. Saya tidak bercakap selain daripada keterbukaan untuk bekerjasama. Lagipun, WARISAN yang terlebih dahulu menyatakan hasrat untuk berkawan dan bekerjasama.

"Sebagai Presiden PBS, saya mengajak WARISAN untuk menyertai PN, sama ada sebagai rakan kongsi atau ahli dan PBS amat berbesar hati untuk menjadi hos atau penaja kepada WARISAN menjadi sebahagian daripada PN," katanya.

Manipulasi istilah 'Kerjasama'

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin dalam reaksinya kepada kerjasama itu berkata pembangkang sebenarnya cuba memanipulasi istilah “kerjasama” yang dinyatakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)

Katanya, maksud kerjasama dibangkitkan PBS lebih kepada soal membangunkan negeri demi kebaikan rakyat, bukannya kerjasama menubuhkan kerajaan baharu.

“Bukan hanya PBS, malah kita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk BN, Umno dan lain-lain juga sedia menjalin kerjasama dalam bentuk idea dan pandangan untuk membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat,” katanya

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, perubahan tampuk pemerintahan di Sabah tidak mungkin berlaku kerana semua parti dalam GRS memeterai perjanjian untuk menjaga kestabilan politik demi kemajuan negeri itu.

“Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab, terutamanya dari parti pembangkang yang sengaja mencipta isu demi kepentingan politik mereka.

Kerajaan negeri kini diterajui GRS, ia tidak bermakna mereka tidak mendengar pandangan serta cadangan parti pembangkang yang boleh membawa kebaikan untuk negeri dan rakyat secara menyeluruh.Tugas pembangkang, katanya, bukan setakat membangkang, tetapi mereka boleh memberikan input baik kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

 

4 Comments