Polis Sabah siasat Yong Chee Kong syarikat 'scam' Hong Kong
20:05 May 21, 2021  |  By SabahKini2
Polis Sabah siasat Yong Chee Kong syarikat 'scam' Hong Kong

Yong Kee Chong mendakwa bekerja di Xintai Enterprise Development Ltd sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong.Selepas kontroversi dakwaan 'scam' oleh KJ, Yong disiasat SPRM

Polis Sabah telah menyoal siasat ahli perniagaan, Yong Chee Kong, individu yang mengaku sebagai Pengarah Urusan Xintai Development Enterprise Ltd berpangkalan di Hong Kong yang kontroversi mahu menawarkan 'sumbangan vaksin' sebanyak dua juta dos kepada Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali mengesahkan siasatan itu.

"Ya ... pagi ini pegawai saya akan merakam pernyataannya," katanya

Yong adalah warganegara Malaysia, yang mendakwa bekerja di Xintai Enterprise Development Ltd sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong.

Menurut laporan awal, pada mulanya Yong menawarkan sumbangan vaksin Sinovac berkenaan kepada kerajaan negeri Sabah.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah dilaporkan tidak mengetahui  sumbangan tersebut. Menurut Datuk Masidi Manjun ia sebagai sesuatu maklumat yang baru dia terima

Yong Chee Kong akhirnya memilih kerajaan Pulau Pinang untuk menunaikan hasratnya menderma.

Bagaimanapun terdapat banyak keraguan daripada surat Yong Chee Kong dan syarikat itu apabila dalam sidang media Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mendakwa syarikat itu palsu dan tidak wujud berdasarkan carian terhadap syarikat itu. 

Dilaporkan DAP yang membuatkan surat untuk Yong Chee Kon. 

Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata  'Bos' Hong Kong dia yang derma!

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata 'Bos' Hong Kong dia yang derma! ]

Selepas kantoi Yong Chee Kong mendakwa bukan dia yang akan menderma tetapi ‘bosnya’ dari Hong Kong. Semakan suratnya dia sebagai Pengarah Urusan dan akan membuat bayaran sumbangan itu bukan bosnya.

Bagi Kerajaan Persekutuan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah tentu menerima baik sebagai sumbangan luar namun perlulah melalui saluran yang betul.

Memandangkan semua pengeluar vaksin sekarang berurusan terus dengan kerajaan oleh itu pembekalan utama dalam perjanjian mesti diberikan dulu kepada kerajaan sebelum diberi kepada pihak lain.

Setakat hingga kini hanya tiga vaksin mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu Pfizer Biontech, Sinovac dan Astrazeneca.Setiap pengeluar vaksin perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum dibenarkan penggunaannya kepada rakyat.

 

 

Comment