AirAsia rugi besar RM5.67B, bakal buang pekerja mampukah AirAsia bayar hutangnya?
16:05 May 23, 2021  |  By SabahKini2
AirAsia rugi besar RM5.67B, bakal buang pekerja mampukah AirAsia bayar hutangnya?

Bagi tempoh 15 bulan tahun kewangan berakhir 2021, kerugian teras syarikat penerbangan itu melebar kepada RM7.01 bilion berbanding RM1.42 bilion bagi tempoh 12 bulan tahun kewangan 2021, merangkumi kerugian bersih masing-masing 354 peratus dan 360 peratus

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM5.67 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX berkata pendapatannya susut 29.6 peratus suku ke suku kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan armada pesawatnya masih tidak boleh beroperasi sejak April tahun lalu, kesan daripada COVID-19 selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.

Katanya, kumpulan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.

Ini katanya termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga.

"AAX kini sedang berunding dengan pemajak dan pemiutang kerana syarikat penerbangan mengalami impak ketara dengan penangguhan operasi penerbangannya.

"Kumpulan tidak dapat memulakan semula operasi yang dijadualkan sehingga ada terdapat pelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.

"Malaysia sendiri akan tetap berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan hingga akhir Ogos, yang secara efektif melarang perjalanan antarabangsa keluar dan masuk, sementara sempadan Australia tetap ditutup dan masih ada sekatan di China, Jepun, India dan Korea Selatan," katanya.

AAX berkata, bagi mengekalkan kecairan pada masa yang mencabar ini, kumpulan telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal.

Pengurangan gaji, katanya telah dilaksanakan di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.

Penstrukturan semula hutang harapan pulih AirAsia X

AirAsia X Bhd (AAX) meletakkan harapan tinggi terhadap kejayaan penstrukturan semula hutang serta pendanaan ekuiti baharu daripada pelabur baharu dan sedia ada untuk memulihkan aliran tunainya.

Public Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata, faktor terbabit penting untuk membolehkannya kembali bangkit selepas terus menghadapi kekangan aliran tunai yang buruk.

"AAX juga mengharapkan penyediaan modal yang mencukupi daripada pelabur baharu dan sedia ada untuk memulakan semua operasinya apabila sempadan antarabangsa dibuka semula," katanya.

AAX mengubah kalendar kewangan daripada berakhir 31 Disember 2020 kepada 30 Jun 2021.

Public Investment Bank berkata, bagi tempoh 15 bulan tahun kewangan berakhir 2021, kerugian teras syarikat penerbangan itu melebar kepada RM7.01 bilion berbanding RM1.42 bilion bagi tempoh 12 bulan tahun kewangan 2021, merangkumi kerugian bersih masing-masing 354 peratus dan 360 peratus.

"Tiada perubahan unjuran buat masa ini kerana kumpulan itu masih dalam proses penyusunan semula hutang dan cadangan meningkatkan pembiayaan ekuiti baru bagi menyediakan modal mencukupi untuk memulakan semula operasinya.

"Kami mengekalkan saranan 'Underperform' bagi AXX dengan harga sasaran satu sen," katanya.

AAX berkata, bagi mengekalkan kecairan pada masa yang mencabar ini, kumpulan telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal.

Pengurangan gaji, katanya, telah dilaksanakan di semua peringkat dan jumlah pekerja dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.

Kerajaan Warisan pinjamkan Airasia RM300 juta. Mampukah AirAsia bayar hutang kepada SDB?

Sebelum PRN Sabah September 2020 Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan meluluskan AirAsia Group Bhd pinjaman sebanyak RM300 juta daripada Sabah Development Bank Bhd (SDB) sebagai sebahagian daripada langkah pengumpulan dana kumpulan dan usahanya untuk meneroka perniagaan digital.

AirAsia berkata dana itu akan digunakan untuk projek pembangunan rantaian bekalan makanan digital OurFarm (platform e-dagang pertaniannya), kemudahan rantaian sejuk beku di Sabah (peruntukan RM170 juta) dan projek  mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab antarabangsa bagi AirAsia Bhd (RM110 juta). RM10 juta lagi digunakan bagi meningkatkan platform e-dagang mempromosikan destinasi pelancongan Sabah di airasia.com, aplikasi super digital AirAsia.

Memandangkan wang RM300 juta telah dibayar kepada AirAsia ketika PRN Sabah, kerajaan negeri Sabah dibawah pimpinan GRS tiada pilihan selain meneruskan pinjaman itu bagi mengelak kerugian dalam bentuk tindakan undang-undang. 

Dengan hutang yang banyak dan kerugian berbilion ringgit,  Bolehkah pinjaman AirAsia itu dibayar nanti kepada SDB? atau sekarang berunding tangguh bayar dengan SDB?

 

 

 

1 Comment