(VIDEO) Perlanggaran LRT, 166 orang cedera ringan, 47 parah
03:05 May 25, 2021  |  By SabahKini2
(VIDEO) Perlanggaran LRT, 166 orang cedera ringan, 47 parah

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.

KUALA LUMPUR: Beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi.

Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT petang tadi, dipercayai membawa 213 penumpang.

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.

Setakat jam 10 malam, difahamkan sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, mengesahkan kemalangan itu membabitkan perkhidmatan tren LRT bernombor 40 dan 81.

"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

"Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan dan pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sosial sekitar jam 9 malam tadi gempar apabila beberapa keping gambar dan video muncul menunjukkan sebilangan penumpang LRT cedera di dalam pengangkutan itu.

 

 

Sementara itu, Bernama melaporkan, Projek Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) pertama di ibu negara memulakan operasinya pada Disember 1996 dengan Fasa 1 menghubungkan Ampang dan Sultan Ismail.

Dikenali sebagai STAR LRT, perkhidmatan itu turut ditawarkan bagi kawasan Sri Petaling. Kedua-duanya kini dinamakan semula sebagai Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

Selain itu, Lembah Klang juga mempunyai satu lagi perkhidmatan LRT untuk kawasan Petaling Jaya, dulu dikenali sebagai PUTRA LRT, iaitu Laluan Kelana Jaya.

Turut paling cepat datang melawat tempat kejadian dan bertemu mangsa ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau turut membuat sidang media selepas kejadian itu.

Comment