Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian pemandu- Wee Ka Siong
15:05 May 25, 2021  |  By SabahKini2
Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian pemandu- Wee Ka Siong

Pengendali atau 'hostler' tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah. "Tren ini telah mengalami masalah time-out dan berhenti semasa menghampiri platform stesen Kampung Baru...

KUALA LUMPUR: Laporan awal nahas melibatkan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) adalah disebabkan oleh kecuaian manusia. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hasil siasatan awal oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
 
Ujar beliau, pengendali atau 'hostler' tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah. "Tren ini telah mengalami masalah time-out dan berhenti semasa menghampiri platform stesen Kampung Baru, dan kegagalan TR40 adalah disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik memandangkan Vehicle On Board Controller (VOBC) terhenti.
"Jadi kita terpaksa mengerahkan hostler untuk memandu tren tersebut, tetapi kesilapan atau kecuaian pemandu ini adalah bawa ke arah bertentangan. "Lalu ia bertembung dengan tren (TR81) yang sedang membawa penumpang," katanya pada sidang media khas secara maya berhubung nahas dua LRT tersebut.
 
Comment