KKM kesan kes positif COVID-19 varian India dari Labuan
10:05 May 26, 2021  |  By SabahKini2
KKM kesan kes positif COVID-19 varian India dari Labuan

Kes berkenaan adalah kontak rapat kepada seorang individu warga India yang bersama dengannya menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April lalu.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan kes pertama membabitkan rakyat tempatan yang positif COVID-19 dengan varian membimbangkan (VOC) India B.1.617.2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan adalah kontak rapat kepada seorang individu warga India yang bersama dengannya menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April lalu.

"Warga asing itu dikesan positif COVID-19 ketika tempoh kuarantin manakala rakyat tempatan ini pula mempunyai gejala pada 3 Mei lalu seterusnya menjalani ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) pada hari sama seterusnya dikesan positif sehari selepas itu selepas menjalani Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

"Sehingga kini terdapat enam kes yang dijangkiti varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2)," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dijangkiti varian Afrika Selatan sebanyak 78 kes.

"Antara kluster dikesan dijangkiti varian berkenaan ialah empat kes Kluster Jalan Lima; Kluster Kebun Baru (9); Kluster Teknologi Emas (tiga); Kluster Jalan Canning Estate (10) dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung (10).

"Kluster lain ialah Kluster Kampung Domis (tujuh); Kluster Bangkahulu (satu) dan enam kes Kluster Bayan Cenderawasih. Selain itu melalui saringan kontak rapat (20 kes), jangkitan selepas divaksinasi (satu); saringan bergejala (empat) dan lain-lain saringan (tiga)," katanya.

Comment