[VIDEO] Iswardy 'Budak Anwar Ibrahim' Presiden PKR Hina Agong ditahan polis
17:05 May 30, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Iswardy 'Budak Anwar Ibrahim' Presiden PKR Hina Agong ditahan polis

'Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa'. Akhirnya blogger Keadilan ataupun Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak yang pro Anwar Ibrahim ditahan polis. Kerana kantoi, PKR beri kenyataan penghinaan Iswardy tidak mewakili pendirian PKR

Cara penyampaian budak Anwar Ibrahim ini jelas menghina Agong

'Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa'. Akhirnya blogger Keadilan ataupun menggelarkan dirinya Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak yang pro Anwar Ibrahim ditahan polis.

Ini bukanlah kali pertama Iswardy Morni menghentam semberono pihak yang tidak disukainya khususnya pemimpin Perikatan Nasional, PPBM ataupun BN.

Namun kali ini polis menahan Iswardy Morni kerana mulut biadapnya bagi siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung di laman YouTube.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam Sabtu.

"Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya seperti dilaporkan media.

Iswardy sebelum ini memuat naik video secara langsung bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' di Youtube rasmi miliknya dan dimasukkan dalam facebooknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Seri Paduka.

“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8 ribu. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.

Selain itu, dalam video itu, Iswardy turut membandingkan Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri Johor.

“Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi.

PKR tak mengaku Iswardy Morni mewakili PKR

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sama sekali tidak mencerminkan pendirian parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kenyataan dia tidak sama sekali mewakili pendirian PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

“Ucapannya di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik PKR dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepadanya,” kata Fahmi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fahmi berkata, Iswardy adalah ahli PKR namun tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

“PKR mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hiraki pimpinan PKR Sarawak mahu pun pusat,” kata Fahmi lagi.

Dalam ada itu, Fahmi berkata pihaknya menyerahkan kepada bidang kuasa polis untuk membuat siasatan terhadap ahlinya itu dan akan menunggu hasil siasatan.

“Oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia, PKR akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” ujar beliau.

Jika terbukti bersalam Iswardy akan dipecat daripada PKR

5 Comments