Pemerkasa Plus, RM40 bilion tingkat ekonomi, bantu rakyat
23:05 May 31, 2021  |  By SabahKini2
Pemerkasa Plus, RM40 bilion tingkat ekonomi, bantu rakyat

Tiga matlamat utama itu adalah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda prihatin sebanyak RM33 bilion dan memyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 billion

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif dengan tiga matlamat utama untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat di tengah-tengah langkah sekatan pergerakan untuk membendung peningkatan jangkitan pandemik COVID-19.   

Tiga matlamat utama itu adalah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda prihatin sebanyak RM33 bilion dan memyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 billion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin       

“PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanan Perinthk Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” katanya dalam satu pengumumkan di sini, hari ini.         

Antara inisiatif untuk rakyat ialah bantuan Prihatin Rakyat Tambahan, bantuan pinjaman bersasar, program subsidi upah, perlindugan undang-undang, geran khas prihatin, bantuan bas/teksi/e-hailing, diskaun bil elektrik, insentif dan juga fasiliti SRF Bank Negara Malaysia (BNM).

Semenjak COVID-19 melanda negara, kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 billion, katanya.         

Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.          

Justeru, terdapat lebih dari RM100 bilion lagi daripada nilai pakej rangsagan untuk disalurkan sepanjang tahun ini, kata Perdana Menteri.          

Sebagai tambahan, pakej tersebut dilengkapi oleh inisiatif Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion. - BERNAMA

UCAPAN PENUH SILA DOWNLOAD

 

INFOGRAFIK

1 Comment