Rombakan PDRM, Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas
07:06 Jun 01, 2021  |  By SabahKini2
Rombakan PDRM, Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara 61 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertukar serta dinaik pangkat berkuat kuasa 1 Julai ini.

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dalam pertukaran pegawai kanan membabitkan lapan jabatan diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi

Jawatan Pengarah JIPS pula bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Azri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, dilantik Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim, yang dilantik Pengarah Jabatan KDNKA.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan, berkata Komisioner Polis (CP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan, bagi mengisi jawatan ditinggalkan Datuk Ramli Din.

"Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dilantik Pengarah JSJK, manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

"Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kekal di jawatan sama dengan dinaikkan pangkat sebagai CP," katanya dalam kenyataan hari ini

Menerusi kenyataan tersebut, pertukaran turut beberapa Ketua Polis Negeri.

Senarai lanjut pertukaran kesemua pegawai terlibat boleh diperolehi di laman sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM kini menunggu pengisian jawatan orang dua dalam pasukan itu. Mengikut laporan media sebelum ini beberapa nama menjadi sebutan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Siapakah yang bakal mengisi jawatan nombor dua PDRM masih menjadi tanda tanya.

 

2 Comments