Dr. Adham Baba dilantik Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif WHO
22:06 Jun 02, 2021  |  By SabahKini2
Dr. Adham Baba dilantik Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif WHO

Pelantikan Adham itu bagi mewakili Malaysia untuk Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh itu yang mana negara pernah berada dalam EB sebanyak tiga kali sebelum ini.

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilantik sebagai Ahli Pengarah Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk tempoh tiga tahun sehingga 2024.

Pelantikan Adham itu bagi mewakili Malaysia untuk Negara Anggota Rantau Pasifik Barat bagi tempoh itu yang mana negara pernah berada dalam EB sebanyak tiga kali sebelum ini.

WHO sebagaimana dalam pengumuman menerusi portal pertubuhan antarabangsa itu menyebut, seramai 34 ahli mewakili EB dipilih dalam kalangan mereka yang berkepakaran dalam bidang kesihatan.

Selain Malaysia, turut dilantik dalam kalangan Negara Anggota Rantau Pasifik Barat ialah Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Comment