Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat kejadian 'ramas'
23:06 Jun 04, 2021  |  By SabahKini2
Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat  kejadian 'ramas'

Peguam Philip, Marcel Jude berkata beliau membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian 'ramas'

KOTA KINABALU: Philip Among bekas pemimpin STAR yang ditahan polis baru-baru ini kerana terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan salah seorang peserta Unduk Ngadau kini direman untuk membantu siasatan polis.

Philip direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Philip, Marcel Jude berkata beliau membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Marcel juga mendakwa bahawa laporan polis itu diputuskan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) bagaimanapun Majistret Lovely Natasha Charles memastikan jika ada pihak yang mengesahkan NFA terbabit dan Marcel membalas pertanyaan itu dengan menyatakan perkara itu sudah tular di media sosial.

Difahamkan pihak mahkamah akan memanggil 10 saksi lain untuk kes tersebut.

Sebelum ini peserta Unduk Ngadau di bahagian utara Sabah membuat laporan polis terhadap Philip Among kerana mendakwa dia diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher dan tangannya dan mangsa menepis perbuatan Philip

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Philip Among ditahan Polis cabul peserta Unduk Ngadau ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  STAR gantung Philip Among dakwaan mencabul peserta Unduk Ngadau ]

 
 
48 Comments