Enam Kluster Baharu, 11 daerah catat peningkatan kes di Sabah- Masidi
01:06 Jun 07, 2021  |  By SabahKini2
Enam Kluster Baharu, 11 daerah catat peningkatan kes di Sabah- Masidi

305 kes jangkitan baharu hari ini, 178 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 64 kes adalah daripada saringan kluster, 34 kes adalah daripada saringan bergejala, empat (4) kes daripada saringan bersasar dan 25 kes adalah daripada lain-lain kes

Jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 46 kes iaitu daripada 259 kes kelmarin (05 Jun 2021) kepada 305 kes (06 Jun 2021) hari ini jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun

Katanya daripada 305 kes jangkitan baharu hari ini, 178 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 64 kes adalah daripada saringan kluster, 34 kes adalah daripada saringan bergejala, empat (4) kes daripada saringan bersasar dan 25 kes adalah daripada lain-lain kes..

Menurut Masidi lagi terdapat 11 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat 37 kes (+30), Kinabatangan 23 kes (+23), Kota Kinabalu 41 kes (+21) dan Tawau 72 kes (+14).

Menurutnya lagi 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Sembilan (9) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala tiga (3) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kota Marudu (-13), Sandakan (-12), dan Kunak (-12) katanya di dalam satu kenyataan media malam mini.

Dalam pada itu, menurut Masidi lagi terdapat 8 daerah yang tidak mencatatkan kes baharu jangkitan covid-19. Lapan daerah berkenaan ialah  Pada hari ini, lapan daerah  Beluran, Telupid, Tongod, Kota Marudu, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

” Perubahan angka untuk keseluruhan daerah-daerah di Sabah adalah tidak statik kecuali daerah yang mengekalkan status Zon Hijau. Daerah Kudat, Kinabatangan, Kota Kinabalu dan Tawau secara kumulatif menyumbang kepada 173 kes dengan pertambahan sebanyak 88 kes berbanding kelmarin. Peningkatan kes menandakan kebarangkalian terdapatnya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan” katanya lagi.

Sementara itu Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah di mana jadual baharu itu menyaksikan terdapat perniagan akan bermula dari jam 9 pagi ke 6 petang sementara pasar awam/ pasar harian kana beroperasi dari jam 6 pagi – 3 petang.

Menyentuh mengenai pemberian bakul makanan pula sejumlah 340,496 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang  terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.

Comment