Azis Jamman bengang AMK PKR balun Tun Dr Mahathir, Warisan sedia gerak solo
15:06 Jun 07, 2021  |  By SabahKini2
Azis Jamman bengang AMK PKR balun Tun Dr Mahathir, Warisan sedia gerak solo

AMK PKR dan Warisan terus bertikam lidah menyatakan pendirian tiada lagi kerjasama PKR bersama Warisan. AMK merasakan kerjasama Warisan merugikan, PKR mengemis dan Warisan melihat PKR kini sebagai parti lemah. Kata Azis tiada rekod PKR perlu dibanggakan

Datuk Mohd Azis Jamman menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) terlalu sombong sehingga sanggup menghentam Tun Dr Mahathir dan mengugut memutuskan hubungan dengan Parti Warisan Sabah.

Tun Dr Mahathir bekas PM7 dilaporkan bakal bekerjasama dengan Warisan dalam pilihanraya ke 15 nanti.

Azis Jamman yang juga Ketua Wira Warisan Sabah berkata Warisan tidak ada masalah sekiranya PKR mahu bergelak solo semasa pilihan raya umum (PRU) di Sabah memandangkan pengaruh PKR tidak sehebat mana di Sabah walaupun PKR telah lama bertapak di Sabah.

“Jika AMK merasakan mereka ingin bergerak sendiri dalam PRU akan datang termasuk di Sabah, kita tidak menghalang dan Warisan pun tidak terhegeh-hegeh untuk bergantung harap dengan PKR.

“Keputusan PRU lepas menjadi bukti PKR lemah. Sebelum Warisan lahir di Sabah, PKR merupakan parti pembangkang utama di Sabah dan semasa zaman kegemilangan dan kekuatan PKR ketika slogan reformasi bergema seluruh negara masa itu, kalau tidak silap jumlah kerusi terbanyak pernah dimenangi PKR di Sabah hanya lapan kerusi,” kata Azis Jamman

Rekod PKR dalam PRN baru-baru ini juga tidak memuaskan kerana hanya mampu sekadar menang dua kerusi yang mereka bertanding.

“Rekod terbaik PKR di Sabah tidak ada yang perlu mereka banggakan malah PRN yang lepas bila PKR bertanding lapan kerusi tapi hanya mampu menang dua sahaja.

“Sedangkan mereka bertanding menggunakan logo mereka sendiri berbanding DAP yang menggunakan logo Warisan telah menang hampir semua kerusi yang mereka tandingi,” katanya lagi.

Untuk rekod Ketua AMK Sabah, Raymond Ahuar tewas di DUN Sook dalam PRN Sabah September lalu.

Raymond Ahuar sejak awal April lalu memberi gambaran jelas bahawa tiada lagi kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yakin pimpinan AMK Sabah dan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan menolak kerjasama dengan Warisan untuk berdepan pilihan raya akan datang.

Katanya pimpinan cabang-cabang PKR Sabah sudah lama menolak kerjasama dengan Warisan namun, masih terikat dengan keputusan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Christina Liew yang masih ingin bersama ‘bercium mulut’ dengan Warisan.


Hanya Christina terus setia kepada Shafie Apdal

Terdahulu, Kongres Nasional AMK 2020 yang berlangsung hari ini, menjadi medan mengecam bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang disifatkan para perwakilan sebagai dalang utama disebalik kejatuhan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Perwakilan AMK dari Sabah Wendy Agung Baruh juga menggesa supaya PKR tidak mengemis bantuan pihak lain termasuk daripada Dr Mahathir dan Warisan.

 

 

9 Comments