Adun PH Parti Amanah didakwa di mahkamah kerana 'meraba' Wanita PKR
11:06 Jun 10, 2021  |  By SabahKini2
Adun PH Parti Amanah didakwa di mahkamah kerana 'meraba' Wanita PKR

Iman tak boleh di warisi dan jual beli. Itulah yang berlaku kepada bekas anak Presiden PAS TG Fadzil Noor. Anaknya khianati PAS sertai Amanah. Kini terlibat kes cabul Wanita PKR .YB Amanah Faiz Fadzil di dakwa di mahkamah. Faiz mengaku tidak bersalah

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil yang juga anak bekas Presiden PAS Tuan Guru Fadzil Noor mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam

Faiz dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac, antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam, ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya, menurut kertas pertuduhan mahkamah yang diberi kepada media

DPP Zahida Zakaria, daripada unit jenayah seksual Jabatan Peguam Negara, mengesahkan pertuduhan terhadap Faiz, yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.

Dia berkata ahli politik Amanah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan.

"Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 6 Ogos untuk penyerahan dokumen," kata Zahida

Terdahulu, Ketua Biro Wanita Muda PKR Yuslaini Azmi mendakwa Faiz cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran 23 Mac lalu

[ARTIKEL BERKAITAN- Wanita PKR lapor polis Adun Amanah Faiz Fadzil peluk, raba, cabul]

Faiz, yang juga anggota jawatankuasa pusat Amanah  bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menafikan semua tuduhan dan mengesahkan akan bekerjasama dengan siasatan polis berikutan laporan wanita itu dibuat pada 16 Mac.

DPP Nur Aishah Ahmad Zakiuddin juga hadir untuk pendakwaan manakala Faiz diwakili oleh Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamad Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan.

Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.

Untuk rekod isteri Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil merupakan seorang pegawai mahkamah di Istana Kehakiman Putrajaya.

 

12 Comments