‘Jaguar Mewah’ Anwar dedah Yayasan Aman diketuai Wan Azizah tidak pernah diaudit?
00:06 Jun 13, 2021  |  By SabahKini2
‘Jaguar Mewah’ Anwar dedah Yayasan Aman diketuai Wan Azizah tidak pernah diaudit?

Anwar bangga bergaya mewah Jaguar XJ VCQ8055 (BOSS) milik Yayasan Aman yang banyak menerima sumbangan rakyat dan pelbagai pihak. Namun Yayasan diketuai Wan Azizah bekas TPM itu dilaporkan tidak pernah diaudit? Siapa penderma, berapa asetnya?

Seramai 11 pemimpin parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sejak Rabu lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pertama menghadap YDPA diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Sesi menghadap turut disusuli Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Pengerusi Penaja Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.

Pada jumaat lalu tiga pemimpin parti politik juga selesai menghadap YDPA iaitu komponen BN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, A. Vigneswaran. Presiden PBS, Maximus menjadi wakil pemimpin parti terakhir selesai sesi menghadap secara fizikal pada sebelah petang.

Parti terakhir dijadualkan menghadap adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal dijalankan pada Isnin depan secara persidangan video.

Kenderaan Presiden Parti

Selain menghadap Agong yang menjadi perhatian rakyat ialah kenderaan yang dinaiki oleh pimpinan poltik menuju ke istana.

Dua pemimpin PH yang menarik perhatian ialah dua bakal calon Perdana Menteri PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menaiki kereta mewah jenis Jaguar XJ Premium Luxury V6.  



Seorang lagi Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan yang menaiki Range Rover dengan nombor pendaftaran WRG7. Nombor dan kenderaan saja menunjukkan kekayaan Shafie Apdal. Selepas keluar istana netizen pun bergosip-gosip mengenai bakal PM mereka.

Jaguar XJ yang dinaiki Anwar sebelum ini semasa awal pengeluarannya berharga hampir setengah juta berbanding harga sekarang. Mungkin sekarang tidak sampai RM200 ribu. 

Bagaimanapun semakan sistem JPJ kenderaan yang dinaiki Anwar nombor plat VCQ8055 didaftarkan pada 2012 di bawah nama sebuah syarikat, Yayasan Aman Berhad yang beralamat Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya. Yayasan Aman berbelanja besar nampaknya. 

Foto- Laman Sosial

Pemilik Yayasan Aman

Siapa pemilik Yayasan Aman Berhad ini? Yayasan yang ditubuhkan pada 17 Januari 1983 diasaskan Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail.  Sebelum ini enam Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Rameli Musa, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, Saiful Izham Ramli dan Anwar sendiri.

Datuk Rameli Musa bekas Pengerusi KTMB yang terlibat dengan pembayaran cek RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Bagaimanapun kini Lembaga Pemegang Amanah Yayasan itu hanya tinggal Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Saiful Izham Ramli seorang Peguam yang juga bekas Setiausaha Politik Saifuddin Nasution.

Tidak menghairankan untuk Anwar Ibrahim dengan gaya mewahnya termasuk menaiki jet peribadi ke seluruh dunia. Malah ketika Wan Azizah sebagai TPM, Anwar sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan jet kerajaan ketika itu bersama keluarga melawat ke luar negara.

Bagaimana pun rakyat boleh melihat sendiri pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim yang mendapat derma daripada pihak kepada Yayasan Aman itu tetapi Anwar membelanjakannya untuk pembelian kenderaan mewah. Pada tahun 1998 dana akaun Yayasan Aman pernah didedahkan. Namun kini laporan kewangan syarikat itu tidak pernah dihantar. Hilang dan misteri.

Jika Yayasan milik pemimpin BN sebelum ini disiasat dan dicari salah mengapa tidak Yayasan Aman ini yang mempunyai wang berjuta ini juga disiasat.

Pelbagai pihak pernah mendedahkan mengenai Yayasan Aman. Mungkin para penderma sudah mengetahui dana mereka dibelanja oleh Anwar. Wajar disemak dan diisytiharkan semua penderma, ada tak sebarang transaksi mungkin dari Kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan N.Sembilan ataupun kerajaan Pusat khususnya bila isteri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kebajikan.

 Mungkin ada sesuatu boleh ditemui dengan Wan Azizah di Yayasan Aman ini!

16 Comments