Marcel Jude ‘Si Lembu Eksotik’ bukan Peguam STAR, bertanding BEBAS pada PRN Sabah 2020
16:06 Jun 13, 2021  |  By SabahKini2
Marcel Jude ‘Si Lembu Eksotik’ bukan Peguam STAR, bertanding BEBAS pada PRN Sabah 2020

Philip Among bukan lagi Ahli STAR. Begitu juga sepatutnya Marcel Jude kerana pada PRN 2020 hanya bertanding BEBAS di Dun Api-api. Marcel 'Si Lembu Eksotik' hanya Peguam Philip yang mencabul peserta Unduk Ngadau. Marcel tidak aktif politik

Sebagaimana Philip Among yang dulu Warisan kemudiannya menyertai STAR dan kini digugurkan daripada STAR kerana insiden cabul bermakna Philip bukan lagi ahli parti STAR.

Ini diperjelaskan oleh Datuk Guandee KohoiSetiausaha Agung STARSABAH baru ini begitu juga oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang berkata individu bersalah tidak wajar dikaitkan dengan parti.

Begitu juga dengan kedudukan Peguam Philip Among iaitu Marcel Jude dari Tetuan Marcel Jude &Co bukanlah peguam STAR. Marcel hanyalah ahli yang tidak aktif dan bukan pemimpin STAR.

Penjelasan STAR jelas Marcel Jude bukan  “Peguam STAR”.

Tetuan Marcel Jude hanyalah peguam yang diupah oleh Phillip Among. Marcel Jude pernah menyertai Parti pada 26hb Mei 2017 yang lalu namun tidak pernah bergiat aktif.

Malah dilaporkan media pada PRN Sabah September 2020 lalu Marcel Jude bertanding calon BEBAS di DUN API-API menunjukkan sepatutnya beliau sudah dilucutkan dalam STAR.

Parti Warisan atau musuh-musuh GRS akan menggunakan isu Philip Among dan Marcela Jude ini untuk menghentam STAR.

STAR patut cepat mengumumkan kedua-dua ahlinya Philip dan Marcell Jude bukan lagi AHLI STAR! TITIK.

Cakap saja sebagaimana STAR menerima kemasukan Amarjit Singh orang kanan Shafie Apdal Warisan yang terlibat banyak kes rasuah ke dalam STAR begitulah STAR menerima Philip Among dan Marcel Jude.

Malah Warisan tidak pernah pun membuang keahlian pegawai khas Azis Jamman Timbalan Menteri KDN (Ketika itu) Farish Hussain  terlibat dengan skandal skodeng bawah skirt pada September 2018. Kes itu sehingga sekarang belum lagi didakwa di mahkamah. Warisan kata itu masalah individu bukan masalah parti.

Jadi apa beza Philip dan Marcel? Mereka juga masalah peribadi bukan berkait parti.

Warisan sibuk isu cabul Philip Among tetapi lupa pegawai Azis Jamman  'Skodeng' bawah skirt belum didakwa!

 

 

5 Comments