Gelombang Covid-19 seluruh dunia, di Malaysia PH ‘Gila kuasa’ syor tukar PM tamatkan Covid-19
23:06 Jun 19, 2021  |  By SabahKini2
Gelombang Covid-19 seluruh dunia, di Malaysia PH ‘Gila kuasa’ syor tukar PM tamatkan Covid-19

Ketika berkuasa PH Gagal. Kerana PH, Warisanlah punca gelombang Covid-19 sekarang. Kerana gila kuasa DUN Bubar dan PRN Sabah diadakan. Kini PH, 'Geng Gila Kuasa' kata sidang dewan dibuka, tamat darurat dan tukar PM kes Covid-19 akan terhenti

Tidak ada negara yang tidak melalui gelombang Covid-19. Negara Malaysia tidak terkecuali. Berhadapan dengan PKP 1 dan PKP2 Covid-19 berjaya diturunkan. Malah pada julai 2020 negara merekodkan dua kali sifar kes tempatan. Begitu juga sifar kematian 26 hari. Bagaimanapun selepas PRN Sabah September 2020 negara menghadapi kes Covid-19 yang teruk. Sekalipun berjaya diturunkan sehingga 1000 kes sehari namun kesannya masih terasa hingga kini sebelum kes memuncak kembali pada penghujung Mei lalu 9,020 kes.

PH Warisan lupa mereka bangga pada pelaksanaan PRN..Covid-19 tak akan berjangkit dalam PRN kata PH.
Terbukti Kerajaan PN berjaya pada 1 julai 2020.. 

Boleh lihat pencapaian kes Covid-19 ketika bubar DUN dan 14 hari selepas PRN Sabah berjaya
memintas Negeri Selangor sebuah negeri paling gila Kes Covid-19

 

Sabah kes tertinggi selepas memintas Selangor 

 

Hanya selepas 12 Januari 2021 Kes tertinggi kembali ke Selangor. Kesan PRN Sabah turut menular di Semenanjung.
Hingga kini Selangor terus kekal bertahan juara Covid-19

 


Lihat kerja Kerajaan GRS. Mereka buktikan negeri terteruk kes Covid-19 boleh
mencapai kes dua angka sehari. Kumulatif kes berjaya dikurangkan.

Itulah harga kita bayar pada kegilaan politikus ‘sanggup mati’ Shafie Apdal demi pilihanraya. Bukan sahaja kes mencanak naik tetapi Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal juga tumbang. Siapapun memerintah yang pasti rakyat menjadi mangsa.

Dan kini Warisan mendesak Darurat ditamatkan dan sekali lagi mahu PRK dilaksanakan bagi kerusi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya. Ketamakan mereka tidak pernah pudar. Biar rakyat mati kerana Covid-19 asalkan nafsu politik mereka dapat diteruskan.

[ARTIKEL BERKAITAN- GRS cadang sambung Darurat demi nyawa, Warisan mahu PRK biarkan rakyat ‘mati’ seperti PRN Sabah ]

Kini Malaysia berhadapan sekali lagi dengan PKP 3.0 Tanda penurunan kes sudah bermula dan RT juga menurun. Rakyat akan melihat dalam tempoh 28 hari ini sama ada kes berjaya turun atau tidak. 

Gelombang Covid-19

Setahun lalu  dunia melihat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang berjaya menguruskan penularan Covid-19 dengan berkesan. Hari ini netizen mula membandingkan dengan India, United Kingdom (UK), Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara lain. Di kala kes Malaysia memuncak mereka kata contohilah India, Britain, Indonesia, Thailand dan Singapura yang berjaya menurunkan kes. Sering kali laporan media antara bangsa mengenai negara ini dijadikan perbandingan bahan tular. 

Namun hari ini negara yang dibandingkan seperti di atas juga melalui apa yang Malaysia lalui iaitu gelombang baharu Covid-19.

Awal bulan Jun lalu media melaporkan jumlah kes COVID-19 di United Kingdom (UK) kembali mencatatkan peningkatan apabila varian India terus menular dan menjadi strain paling dominan di negara itu.

Lebih 6000 kes baharu harian malah peningkatan hamper 40 peratus setiap minggu. Sekalipun lebih 39.9 juta individu menerima dos pertama vaksin COVID-19, 26.8 juta lagi menerima dua dos lengkap namun tidak memberi jaminan kes Covid-19 disebuah negara tidak melonjak. Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di UK pula meningkat sekitar 1.0 hingga 1.2 dengan kadar peningkatan meningkat ke tiga peratus sehari.

Kebimbangan di UK ialah 75 peratus kes baharu Covid-19 ialah varian India.

Di Britain, Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, mengesahkan hampir separuh dan mungkin tiga perempat daripada kes jangkitan direkodkan di Britain berpunca daripada varian India.

14 jun lalu  Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan kemungkinan menunda tarikh penamatan perintah berkurung susulan amaran pakar kesihatan kes harian COVID-19 boleh cecah 100,000 bulan depan.

Katanya, tarikh penamatan atau Hari Pembebasan itu terpaksa ditunda berikutan peningkatan jumlah mereka dirawat di hospital, yang kini mencapai tahap membimbangkan.

Gelombang Covid-19 Indonesia

Awal Mei lalu ciapan Kementerian Kesihatan Indonesia agar Belajar dari India dan Malaysia agar tidak mencontohi cara kes India dan Malaysia menular. Ciapannya tular dan menjadi bahan politik netizen Malaysia mengecam Kerajaan PN.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama." 

Ciapan itu sebahagian siri hantaran yang menyatakan amaran bahaya varian Covid-19 yang kini menjangkiti Indonesia, yang digelar varian B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1. Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya.

Bagaimanapun semalam Indonesia mencatatkan 12,990 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam iaitu tertinggi kes harian sejak akhir Januari dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,963,266 kes.

Angka kematian berkaitan Covid-19 bertambah 290 kepada 54,043, lapor Kementerian Kesihatan.

Gelombang Covid-19 Rusia- Moscow

Rusia tidak ketinggalan menghadapi gelombang baharu Covid-19. Varian baharu COVID-19 disyaki punca lonjakan mendadak kes di ibu negara Russia ketika program vaksinasi berjalan

Jangkitan harian di ibu negara meningkat dari 3,000 hingga 7,000 dalam beberapa hari dan dijangka meningkat lebih 9,000 pada hari ini.

"Angka ini tiga kali ganda meningkat dan ia belum pernah terjadi seperti gelombang sebelum ini," katanya.

Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko berkata, jumlah kes di Russia meningkat secara purata 30 peratus dalam beberapa minggu lalu dan mereka berusia 30 hingga 40 tahun antara yang terjejas.

Setakat ini Russia mengatasi Britain sebagai negara Eropah yang mencatatkan kematian tertinggi dengan 127,992 kes.

Hingga kini hanya 1.8 juta daripada 12 juta penduduk Moscow mendapatkan vaksin.

Kematian kes Covid-19

Media melaporkan jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencecah angka empat juta semalam, ketika kebanyakan negara terus berjuang menangani kes jangkitan coronavirus.

Peningkatan kes susulan varian Delta yang lebih mudah berjangkit nampaknya mula mencipta gelombang baharu.

Dua juta kematian COVID-19 direkodkan lebih setahun lalu manakala dua juta lagi dicatatkan dalam tempoh 166 hari pada 2021. Nampaknya 166 hari ini sangat menakutkan sekalipun program vaksinasi sedang dilakukan di seluruh dunia.

Lima negara yang merekodkan kematian paling tinggi adalah AS, Brazil, India, Russia dan Mexico, iaitu menyumbang kira-kira 50 peratus jumlah kematian global.

Peru, Hungary, Bosnia, Republik Czech dan Gibraltar pula mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat COVID-19.

Negara-negara Amerika Latin pula berdepan dengan gelombang jangkitan terburuk sejak Mac lalu, dengan 43 dalam setiap 100 jangkitan.

Di mana-mana negara pun gelombang Covid-19 terus berlaku.

Siapa kerajaan pun akan berhadapan dengan tugas untuk mengatasi Covid-19.

Keutamaan sekarang ialah menggiatkan lagi program vaksinasi untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia. Selesai vaksinasi PRN/PRU sudah boleh dilaksanakan.

Jika Amerika, UK, India, Brazil, Rusia, Mexico, Indonesia dan negara-negara lain terus menghadapi gelombang Covid-19 kenapa salahkan Malaysia kerana kes tinggi? Tidak ada mana-mana negara mahu kes Covid-19 menjangkiti rakyatnya dan menghancurkan ekonomi sesebuah negara.

Jika Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh,  Tun Dr Mahathir atau Shafie Apdal merasa mereka pandai mereka jadi sajalah Perdana Menteri Britain, Presiden US, Rusia, Indonesia dan lain-lain negara yang kes Covid-19 tinggi. Negara maju pun perit berhadapan Covid-19 tapi datang pemimpin berlagak pandai mahu berkata dialah PM yang boleh menyelesaikan masalah Covid-19. Jangan lupa PHlah punca gelombang pertama gagal dikawal, pelancong China dibiarkan masuk malah pesakit Covid-19 menjadi bahan lawak kempen PH Warisan di PRN Sabah. 

Di kala Kerajaan PN berjaya mengatasi  Covid-19 pada PKP 1 dan PKP2 kini PKP3 muncul golongan bernafsu besar untuk menukar kerajaan. Apa mereka fikir bertukar PM dan kerajaan Covid-19 selesai serta merta?

 

 

 

2 Comments