Video tular mengamuk, Wawa 'Wahid Enterprise' direman 2 hari
23:06 Jun 21, 2021  |  By SabahKini2
Video tular mengamuk, Wawa 'Wahid Enterprise' direman  2 hari

Akhirnya Wawa Wahid direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Seorang Wanita yang tular dikenali sebagai ‘Wawa Wahid Enterprise’ kerana menengking anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan akhirnya  direman selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Lintas, jam 11.20 pagi semalam.

"Polis turut merampas pakaian yang dikatakan dipakai wanita tersebut, kunci kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Suspek memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan dilakukan," katanya.

Minggu lalu, tular dua video di media sosial, memaparkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Wawa Wahid ditahan pada 1 Jun lalu, sebelum disaman akibat cukai jalan yang tamat tempoh sejak awal tahun ini.

Dalam rakaman video itu, Wawa Wahid dilihat beberapa kali meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan 'biadap' sebelum beredar dari lokasi.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi, termasuk kecaman akibat perbuatannya yang disifatkan melampaui batas dan kurang ajar.

 

 

 

6 Comments