Jenazah bayi terbiar semalaman, rakyat Semporna sengsara tapi Shafie Apdal sibuk berpolitik
09:06 Jun 22, 2021  |  By SabahKini2
Jenazah bayi terbiar semalaman, rakyat Semporna sengsara tapi Shafie Apdal sibuk berpolitik

Shafie, Warisan sibuk mahu Darurat ditamatkan serta diadakan segera PRK di Batu Sapi dan DUN Bugaya. Biarkan berlaku seperti PRN Sabah. Shafie sibuk sana sini mahu jadi PM, kutuk program pemberian komputer GRS, tetapi kawasan sendiri gagal dibantu

SEMPORNA: Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup.

Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang meninggal dunia akibat demam panas.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

“Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.

“Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya.

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat dikebumikan jam 1.30 tengah hari.

Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.

Menurutnya, keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah.

“Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian,” katanya.

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.

Di mana agaknya Shafie Apdal di kala rakyatnya hidup susah? Shafie adalah ahli parlimen dan bekas Ketua Menteri Sabah namun gagal memajukan Semporna. Rakyatnya kekal hidup susah.

Ketika PKP 3.0 dilaksanakan Shafie dan partinya Warisan gagal membantu rakyat Semporna. Beri bakul makanan pun tidak dilaksanakan kerana itu pengkebumian jenazah atau apa-apa kesushan rakyat gagal dibantu.

Shafie dan Warisan sibuk mahu Darurat ditamatkan serta diadakan segera PRK di Batu Sapi dan DUN Bugaya. Mereka mahu mengulangi kegemilangan menaikkan kes Covid-19 kerana PRN Sabah September tahun lalu. Shafie tidak pernah melupakan impian menjadi Perdana Menteri untuk bergabung bersama Tun Dr Mahathir.

ARTIKEL BERKAITAN -GRS cadang sambung Darurat demi nyawa, Warisan mahu PRK biarkan rakyat ‘mati’ seperti PRN Sabah ]

 

Dan Shafie di 'Malaya' sedang hidup bermewah-mewah dalam negara dan luar negara  tidak seperti rakyatnya di Semporna.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar ]

Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar

 

 

10 Comments