Wawa Wahid Enterprise akan didakwa hari ini?
10:06 Jun 22, 2021  |  By SabahKini2
Wawa Wahid Enterprise akan didakwa hari ini?

Wawa Wahid Enterprise yang tular dan direman polis dilaporkan mungkin didakwa di mahkamah hari ini. Wawa akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Anggota polis yang sedang menjalan tugas

KOTA KINABALU - Seorang wanita dikenali sebagai Wawa Wahid Enterprise yang didakwa menengking anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan direman selama dua hari bermula semalam dilaporkan akan didakwa hari ini

Sumber memberitahu wanita berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Anggota polis yang sedang menjalan tugas

Semalam Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Lintas, jam 11.20 pagi semalam.

Video tular mengamuk, Wawa 'Wahid Enterprise' direman  2 hari

"Polis turut merampas pakaian yang dikatakan dipakai wanita tersebut, kunci kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan.

"Polis turut mengambil keterangan seorang pegawai dan tujuh anggota polis serta Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas pada hari kejadian," katanya

Minggu lalu, tular dua video di media sosial, memaparkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Dalam rakaman video yang tular itu Wawa Wahid Enterprise dilihat beberapa kali meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan 'biadap' sebelum beredar dari lokasi.

 

16 Comments