490 Unit Ambulans Secara Tender, KKM Kantoikan Tuduhan Melulu Dr Dzulkefly PH
23:06 Jun 22, 2021  |  By SabahKini2
490 Unit Ambulans Secara Tender, KKM Kantoikan Tuduhan Melulu Dr Dzulkefly PH

Dr Dzulkefly dan budak-budaknya berkata beli ambulans sebagai membazir sedangkan ia sudah dirancang sejak beliau menjadi Menteri KKM lagi. Ambulans satu keperluan bagi menggantikan ambulans yang rosak, telah dilupuskan, perlu diganti dan ditambah baru.

Apabila bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad Ketua Task Force Covid-19 Selangor membuka mulut sahaja mesti beliau nampak bodoh dan seakan-akan menembak diri sendiri.

Sebelum ini pada bulan Mei lalu sidang media Kerajaan PH Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awan Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor seperti membunuh diri sendiri mengakui kegagalan mereka mengawal Covid-19 di Selangor dan menolak pelaksanaan PKP Penuh. Sidang media tu akhirnya jadi SARKAS apabila netizen mengecam mereka semula apabila dikatakan 'Selangor tidak parah!'.

[ARTIKEL BERKAITAN- 2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh ]

2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terpaksa membetulkan kenyataan Dr Dzulkefly itu menolak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya, sebagai separa tepat kerana PKP di bawah kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Persekutuan. Bukan kuasa kerajaan negeri.

Kali ini Dr Dzulkefly mengulangi lagi menembak dirinya sendiri. Beliau dalam satu ciapan di twitternya mempersoalkan perlukah KKM membeli 500 buah ambulan tekanan negatif dalam Darurat? Malah menuduh kerajaan membelanjakan RM300 juta. Katanya tidak ada faedah membeli ambulan. 

Bagaimanapun KKM pantas menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Dzulkefly itu. Secara jelasnya ia tidak dibeli secara rundingan terus tetapi perolehan dilaksana secara tender terbuka sebagaimana iklan pada 17 Jun 2021 lalu. Ini bermakna sesiapa juga boleh memasuki tender ini termasuk semua kroni Dr Dzulkefly sebelum ini jika menawarkan harga tender terbaik.

KKM sangkal Dr Dzulkefly

 

TENDER TERBUKA - Iklan tender hanya menyatakan perolehan 490 ambulan Type B bersama kelengkapannya. 

KKM dalam kenyataan medianya berkata selain tender 500 buah ambulans ini, sistem ‘leasing’ mengikut zon juga digunakan agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi.

Pengumuman proses tender pembelian ambulans dibuat ketika merasmikan sebuah negative pressure ambulance itu yang dibeli Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) iaitu yang pertama bagi membawa pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS pada Jumaat lalu. Ini bermakna yang dimaksudkan ialah 500 unit ambulans dari pelbagai jenis dan bukan semata-mata jenis ‘negative pressure’ sebagaimana yang disalahfahami dan diputar belit oleh Dr Dzulkefly.

Satu persoalan lagi benarkah kos RM300 juta? Ia hanyalah sebuah anggaran. Jika pun harga sebuah ambulans RM300 ribu atau RM400 ribu seunit tidak pun mencecah RM200 juta. Sebab itulah dibuat secara tender untuk mendapat harga tawaran dan kualiti terbaik daripada pembekal bukan rundingan terus.

Perancangan pembelian 500 unit ambulans telah dirancang Kementerian Kesihatan sejak tiga tahun lepas. Biasanya  Dr Dzulkefly atau Pakatan Harapan jenis kaki 'claim' kononnya dia melakukannya semuanya. Kali ini  Dr Dzulkefly nampaknya hilang ingatan bahawa perancangan pembelian ambulans ini telah dibuat sejak Dr Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan lagi dan sememangnya sudah diluluskan lebih awal untuk menggantikan ambulans yang rosak, telah dilupuskan, perlu diganti dan ditambah baharu di kawasan tertentu yang memerlukan. Siapapun Menteri di KKM pasti akan melaksanakan perancangan KKM.

Dr Adham Baba sebagai Menteri KKM sudah tentu mendapat maklum balas daripada pegawai kementerian kesihatan meneruskan dan melaksanakan apa yang baik untuk meningkatkan sistem kesihatan di negara ini. 

Bukankah bajet ambulans juga telah disediakan pada Bajet 2020 ketika Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan PH kepada KKM? Jadi apa perlunya Dr Dzulkefly mempertikaikannya? Ambulans memang keperluan sekarang.

Dr Dzulkefly sendiri sedar tentang kekurangan ambulans di Hospital-hospital dan Pusat kesihatan di seluruh negara dan kini ketika pandemik Covid-19 keperluan ambulans mendesak tetapi beliau dan para pengikut Doktornya berpura-pura bodoh dan memilih menyerang Dr Adham Menteri KKM

Doktor yang berkhidmat dalam Kerajaan seperti Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya digerakkan menyerang KKM setiap hari dalam media sosial. Sekalipun terdapat pekeliling penjawat awam melarang menulis memburukkan imej jabatan dan penjawat awam Dr Rafidah tidak pernah takut mengenainya beliau berkata yakin jika dibuangpun banyak hospital swasta berebut-rebut menerimanya. Semakin tindakan diambil terhadapnya semakin popularlah dia. Terbaru mengenai ambulans RM300 juta pun beliau sibuk menerjah menteri seakan-akan beliau tidak mempunyai Ketua Pengarah Kesihatan untuk bertanya sendiri tentang perolehan itu. 

Dr Rafidah Abdullah ini dulu dikatakan 'Budak DG' hanya DG boleh menasihati beliau namun sekarang dilaporkan berpaling tadah daripada DG menyertai pasukan Dr Musa berboskan Dr Dzulkefly.

 

Tidak cukup itu Akademi Perubatan pun digunakan untuk mengelirukan pembelian Ambulans

Sebelum ini Dr Rafidah kantoi membuat kenyataan paling menjengkelkan apabila  ‘bergurau’ mengenai kematian pesakit COVID-19.  Katil ICU hampir penuh namun  Dr. Rafidah tampil dengan tweet bodoh  ‘Tu 98 dikosongkan’ beserta emoji sekaligus membuatkan para netizen kurang senang dan mengecam beliau di laman sosial kerana tidak sensitif terhadap ahli keluarga mangsa pesakit yang maut disebabkan COVID-19. 

Sepandai-pandai tupat melompat akhirnya jatuh ke tanah. Sering menggunakan Jabatan Netizen untuk menyerang pelbagai pihak akhirnya kifarah datang kepadanya netizen mengecamnya semula. 

KKM dalam satu kenyataan menafikan perangai buruk Dr Rafidah mewakili KKM. Sekalipun Dr Rafidah meminta maaf ia tetap memburukkan imejnya sebagai doktor dan penjawat awam KKM. 

 
 
Sudah tidak masa tindakan tatatertib penjawat awam boleh diambil terhadap Dr Rafidah 


Geng Ahli Majlis Penasihat Kesihatan dan STFC

Serangan doktor-doktor pro Dzulkefly disusun untuk memberi persepsi buruk kepada kerajaan. Terutama yang digerakkan oleh bekas Ahli Majlis Penasihat Kesihatan dan geng Selangor Task Force Covid-19 yang gagal di Selangor. 

Dr Musa Nordin Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara dan Dr Adeeba Kamarulzaman misalnya antara orang kuat Dr Dzulkefly menyerang Menteri KKM. Mereka berlagak pandai di luar tetapi dalam pasukan Task Force Selangor diketuai Dr Dzulkefly mereka jelas gagal. Ribuan kes di Selangor bukti kegagalan Dr Dzulkefly dan para penasihatnya. Dr Adeeba Kamarulzaman yang kontroversi baru-baru ini mengenai jumlah kematian kes Covid-19 kononnya akan mencapai 26,000 kes menjelang September adalah bekas Ahli Majlis Penasihat Kesihatan dan ahlli STFC. Mereka inilah Penasihat Dr Dzulkefly menghalang pelaksanaan PKP di zaman PH. 

 

Ahli Task Force Covid-19 Selangor juga adalah ahli Majlis Penasihat Kesihatan
Gagal di Selangor tetapi punya nafsu besar mahu ambil alih CPRC KKM

Semua jenis pakar merekalah. Tetapi apa mereka buat di Selangor? menghabiskan elaun sahaja

 
Apa lagi agaknya Dr Dzulkefly akan lakukan selepas ini bersama pasukan STFCnya yang gagal itu untuk menyerang Menteri dan KKM. Strategi Dr Dzulkefly dan budak-budaknya semua makan diri kembali. Dah banyak kali disekolahkan termasuk ketika Belanjawan 2021 oleh Tengku Zafrul bahawa Bajet KKM bahawa RM31.9 bilion lebih tinggi daripada RM30.6 bilion tahun 2020.

Asyik sembang BID dan FTTIS & V tetapi Selangor Task Force Covid-19 yang diketuainya tetap lebih 2000 kes sehari, tak turun-turun sehingga sekarang..

 

 

 

 

5 Comments