Covid-19 Sabah: 129 Kes Baharu, 338 Sembuh, 7 Kes Kematian
05:06 Jun 24, 2021  |  By SabahKini2
Covid-19 Sabah: 129 Kes Baharu, 338 Sembuh,  7 Kes Kematian

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi kes pulih sepenuhnya hari ini turut mencatatkan angka lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu sebanyak 338 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 65,895

Sebanyak tujuh kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah membabitkan dua di daerah Tawau manakala masing-masing satu di Sandakan;Kunak;Kudat; Penampang dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi kes pulih sepenuhnya hari ini turut mencatatkan angka lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu sebanyak 338 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 65,895 orang.

“Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 64 kes iaitu daripada 193 kes semalam kepada 129 kes hari ini. Daripada 129 kes jangkitan baharu hari ini, 66 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat.

“Manakala sebanyak 29 kes adalah daripada saringan kluster, 15 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan kes daripada saringan bersasar dan 10 kes lagi adalah daripada lain-lain kes.,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, sebanyak 10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana lima daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala lima daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-22), Putatan (-19), Beaufort (-18), Kota Belud (-13), dan Tuaran (-13).

Katanya, walau bagaimanapun, sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka.

“Antaranya daerah yang mencatat peningkatan dua angka iaitu Papar 18 kes (+13) dan Kota Kinabalu 37 kes (+12) dengan catatan bahawa 19 kes daripada 37 kes adalah daripada Saringan Kluster.

“Daerah Kunak kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan tiga (3) kes.  Pada hari ini juga sebanyak sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan,”katanya.

Masidi berkata, orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

3 Comments