Isu telur, 'Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan dicuba' kata Bung
05:06 Jun 26, 2021  |  By SabahKini2
Isu telur, 'Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan dicuba' kata Bung

Kecoh antara telur ayam dan telur penyu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin, menafikan dakwaan beliau menikmati hidangan bersama telur penyu sebagaimana tular, dan menyatakan gambar itu sengaja diedit untuk merosakkan imej

Kecoh antara telur ayam dan telur penyu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin, menafikan dakwaan beliau menikmati hidangan bersama telur penyu sebagaimana tular, dan menyatakan gambar itu sengaja diedit oleh musuh politik untuk mencemarkan imejnya.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag berkata, gambar asal tanpa telur penyu sudah dimuatnaik oleh pegawai pembangunan komuniti Lamag.

Bung dalam satu hantaran di facebooknya menyindir pihak yang mencetuskan isu itu.

“Adoo ada lagi telur yang belum habis dimakan, saya uploadlah sendiri, nda (tidak) perlu tunggu orang edit dan cuba main politik dilutut

Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan dicuba ya” katanya.

Bung berkata, pegawai pembangunan komunitinya yang hanya dikenali sebagai Rezo juga sudah membuat hantaran menafikan perkara itu di akaun Facebooknya.

Gambar yang memaparkan Bung dan Rezo memberikan isyarat bagus ketika menikmati hidangan tular di Facebook

Dalam hantaran Facebooknya, Rezo yang menggunakan nama “Rapidcdorezo” mempertahankan Bung dan menyertakan gambar asal bersama telur yang diletakkan atas pinggan.

“Sehubungan dengan tindakan saya yang memuat naik gambar bersama dengan Bung Moktar Radin yang tular adalah milik peribadi saya yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Di sini saya sertakan semula gambar yang sebenar dan dengan ini saya ingin memohon maaf kepada Bung Moktar Radin atas tindakan pihak luar yang telah memanipulasi gambar sebelum ini,” katanya di Facebook.

Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha Umno Sabah berjanji akan menyiasat perkara itu selepas gambar berkenaan tular.

Bung mengalu-alukan siasatan dan berkata beliau sedia memberikan kerjasama.

Ditanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Bung berkata tidak bercadang berbuat demikian.

“Nak buat laporan, tak payah lah, kita jawab saja, nanti orang kata kita macam Pakatan Harapan, sikit-sikit ‘report’ polis,” katanya.

Sementara tu dalam  komen-komen netizen berkata logiklah sikit. Mana ada orang makan mee goreng dengan telur penyu!

 

8 Comments