Sabah sasar 2.9 juta rakyat terima vaksin, capai imuniti kelompok hujung tahun 2021
09:06 Jun 26, 2021  |  By SabahKini2
Sabah sasar 2.9 juta rakyat terima vaksin, capai imuniti kelompok hujung tahun 2021

3.9 juta populasi rakyat Sabah, 2.9 juta layak terima vaksin. Dijangka 720 ribu dos vaksin diterima bulan julai ini & dijangka 1.1 juta dos lagi akan diterima pada bulan ogos nanti. Jika semua lancar Sabah capai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini

Data menunjukkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 negara setakat 25 Jun 2021 ialah 7,039,072 dos iaitu 5,072,714 orang menerima dos pertama dan 1,966,358 orang terima dos kedua. 215,968 dos harian dapat dilakukan.

Sekalipun jumlah pemberian pendaftaran dan penerima vaksin COVID-19 Negeri Sabah masih terendah dalam negara namun Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yakin program vaksin Sabah akan mencapai sasarannya sebelum disember tahun ini.

Ketika Melancarkan Kempen Sifar Pandemik COVID-19 di Sabah pada 21 Jun lalu Datuk Seri Hajiji Haji Noor yakin Sabah dapat mencapai sasaran 30,000 orang yang akan diberi vaksin setiap hari, mulai bulan Julai nanti.

Setakat rekod 24 Jun, seramai 357,036 orang termasuk anggota tentera telah menerima dos pertama dan kedua.


Kredit Infografik: Sabahmedia.com

Apa yang penting juga ialah jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 terus meningkat dari ke hari.

Sejumlah 9,293 pendaftaran baharu penerima vaksin COVID-19 direkodkan semalam menjadikan peratusan pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah sebanyak 29.8 Peratus.

Secara keseluruhan jumlah kumulatif yang mendaftar ialah sebanyak 851,764 orang, masing-masing 778,966 mendaftar melalui MySejahtera, laman sesawang 72,529 dan dan 269 lagi melalui talian vaksinasi

Menurut Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun terdapat peningkatan 6.9 Peratus pendaftaran berbanding data 14 Jun lalu yang kini menyaksikan 41.91% yang mendaftar vaksin sudahpun menerima dos pertama mereka.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata statistik penduduk yang sudah menerima vaksin menunjukkan seramai 296,608 orang mendapat dos pertama suntikan menerusi PICK Fasa 2, termasuk 7522 orang hari ini.

“Bagi suntikan dos kedua Fasa 2 pula, seramai 7,844 orang menerima suntikan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 89,707 orang.

Bagi suntikan dos pertama dan kedua PICK Fasa 1 pula, seramai 38 suntikan baharu dibuat untuk fasa 1 dan 280 suntikan baharu untuk dos kedua semalam menjadikan sebanyak 63,032 orang telah disuntik untuk dos pertama manakala 54,162 orang lagi untuk dos kedua.

Jumlah populasi rakyat Sabah ialah 3,908,484 juta namun  layak menerima vaksin bagi umur 18 tahun ke atas ialah 2,932,700 dan golongan 60 tahun ke atas ialah 238,963 orang.

Infografik : MKN Sabah bagi sasaran 2.9 juta bertarikh 22 Jun 2021

Menurut sumber, 720 ribu dos vaksin akan diterima pada bulan julai ini dan dijangka 1.1 juta dos lagi akan diterima pada bulan ogos nanti.

Jika pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Sabah melalui pelbagai platform yang disediakan terus digerakkan termasuk semua wakil rakyat berusaha mendaftarkan rakyat di kawasan masing-masing pastinya sasaran 2.9 juta rakyat menerima vaksin dapat dicapai.

Sabah perlu segera mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini. Kerajaan GRS terbukti berjaya menurunkan kes Covid-19 Sabah dari sebuah negeri paling teruk kepada negeri paling zon hijau. Jika ini boleh tentulah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Sabah pasti boleh mencapai sasaran mereka

 

3 Comments