Kantoi Kerajaan PH Selangor, Selangkah jual vaksin percuma kepada rakyat RM350!
00:06 Jun 28, 2021  |  By SabahKini2
Kantoi Kerajaan PH Selangor, Selangkah jual vaksin percuma kepada rakyat RM350!

Terbongkar jua! Niat Kerajaan PH Selangor mahu beli vaksin sendiri hanya satu iaitu menjual vaksin kepada rakyat Selangor dan juga kilang-kilang. Belum pun vaksin dibeli Selangkah milik Selangor sudah mula jual vaksin percuma kepada rakyat Rakyat!

KERAJAAN Malaysia telah memperuntukkan RM5 bilion bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menampung kos perolehan vaksin dan mengurus pelaksanaan program tersebut.

Semuanya percuma untuk rakyat namun baru-baru ini negara dikejutkan dengan ketamakan segelintir pihak sehingga sanggup mengambil untung daripada program suntikan vaksin Covid-19 ini.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum inni mendakwa ada syarikat swasta bertindak menjual dua dos suntikan vaksin pada harga RM400. Selain itu tiga individu ditahan di Putrajaya dan Brickfields selepas terbabit menjual vaksin Covid-19.

Susulan kejadian itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai tentang bekalan vaksin tulen hanya dibekalkan oleh pihak kerajaan serta tidak boleh dijual di pasaran negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan juga menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertujuan mengelak vaksin dijual secara komersial.

Menurutnya, jika ada pihak swasta yang menjual vaksin Covid-19 ia perlu diselidik dahulu kerana dibimbangi hanya memberi 'normal saline'.

"Lagipun pemberian vaksin ini adalah percuma jadi tidak ada isu ada pihak yang ingin menjualnya tetapi apa yang pihak swasta boleh lakukan membantu kerajaan dalam pemberian vaksin tanpa bayaran.

"Bagaimanapun jika ada penjualan vaksin boleh laporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penjualan di pasaran gelap," katanya

Laporan CITF

Turun mengambil tindakan ialah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). CITF telah membuat dua laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 14 Jun 2021 dan 22 Jun 2021.

CITF sedang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM untuk menyegerakan siasatan dakwaan penyelewengan ini.

Selangkah jual vaksin kepada rakyat RM350

Hari ini tular di laman sosial dakwaan beberapa netizen telah divaksin mendapat vaksin dengan membuat bayaran RM350 menerusi apps Selangkah kepada kerajaan PH Selangor.

Seorang pengguna Mohd Rozaime Rozelan mendedahkan dalam facebooknya bahawa beliau berpuas hati walaupun membayar RM350.

“Alhamdulillah syukur hari ini divaksin Sinovac dos pertama

Puas hati kerana dipermudahkan walaupun bayar RM350 pada Apps Selangkah untuk dapatkan segera vaksin”. Katanya

Benarkah Kerajaan Selangor melalui Selangkah menjual vaksin percuma kerajaan?

Atau terdapat unsur rasuah salah guna kuasa di Selangor mahu cepat vaksin maka bayar rasuah terlebih dahulu?

Setakat hari ini program vaksinasi hanya dibuat kerajaan secara percuma dan tidak ada mana-mana negeri dibenarkan menjual vaksin kepada rakyat sehingga kebenaran pembelian vaksin negeri diluluskan oleh KKM (NPRA).

Tidak ada mana-mana negeri diluluskan membeli vaksin sendiri selagi bekalan vaksin oleh pengeluar vaksin belum dipenuhi sejajar dengan perjanjian kerajaan dengan pengeluar vaksin sebelum ini.

Tidak mungkin vaksin dalam negara tidak mencukupi berdasarkan jumlah dos yang dibeli oleh kerajaan sebagaimana didedahkan media oleh baru-baru ini. Pembelian kerajaan lebih dari mencukupi untuk mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini.

Jika Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) pun KKM
menyatakan ia percuma tidak dibayar. Jadi mengapa bayar?

Oleh itu persoalan besar mengapa Kerajaan PH Selangor melalui SElangkah mengenakan caj RM350 bagi setiap individu? Apakah Selangkah mengambil untung dari hasil pembelian Kerajaan Pusat? Kerajaan Persekutuan bagi percuma pada rakyat, kerajaan PH Selangor pula jual kepada rakyat.

SElangkah anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang kontroversi sebelum ini mendapat projek kerajaan melalui anak syarikat Selgate mencipta aplikasi SElangkah yang sendu bernilai lebih RM3 juta.

 

Syarikat Selangkah yang diasaskan oleh bekas Pegawai Khas Dr Dzulkefly Ahmad mengaut untung daripada dana kerajaan yang disalur daripada Selgate Corporation Sdn Bhd. Ketika pendaftaran vaksin Astrazeneca team SElangkah mengatur janji temu untuk mendapat suntikan vaksin itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar SElangkah milik Kerajaan Selangor 'dalang' gagalkan rakyat daftar AstraZeneca ]

Kini SElangkah bakal buat duit lagi apabila menjual vaksin yang dibeli kerajaan pusat untuk dijual kepada rakyat Selangor. Selangor acah-acah buat program vaksn sendiri wal hal vaksin yang dibeli sendiri pun belum ada lagi. 

 

Selangor yang diketuai STFC cuba menunjukkan vaksin tidak mencukupi wal hal data menunjukkan jumlah vaksin negara lebih dari cukup untuk rakyat Malaysia. Hanya kelewatan daripada pembekal vaksin sahaja satu cabaran perlu dihadapi.


Jika ditambah dengan vaksin 1 dos iaitu Cansino dan JNJ lebih 3 juta dos sudah tentu mencukupi

 

Dakwaan Dr Mariah Exco Selangor dan juga Dr Dzulkefly bahawa vaksin di Selangor tidak cukup dan asyik sibuk menyalahkan Kerajaan Pusat jelas tidak berasas dan punya agenda tersendiri. Rupanya mereka mahu menjual vaksin kepada rakyatnya sehingga RM350 ke atas. 

 

 

3 Comments